Monday, 29 July 2013

Raya oh raya!


Raya balik kampung, yang bujang akan ditanya bila nak kahwin. Sampai yang ditanya tu serik nak jawap ; dan yang menanya tu fikir yang jodoh & kahwin ni ibarat petik jari, esok bangun pagi dah naik pelamin dan bersanding. Yang ditanya lagilah stress ; bila ditanya banyak kali, teruslah cari sapa sahaja yang nak jadi suri. Nanti dah kahwin, tak serasi - cerai.  Cuba rilek yang menanya tu ; jodoh, pertemuan di tangan TUHAN. Ella yang lama orang sangka dia membujang ke tua pun dilamar PILOT, apa susah der. 

Pastu yang dah kahwin, balik kampung nanti mula lah sepupu sepapat tanya bila nak ada baby, nak ada anak. Senang je, balik raya nanti bawa anak-anak kucing suruh dorang tu jaga. Apa ingat senang ke buat anak dan melekat? Kalau dah bukan REZEKI masa tu, bukan lah. Rilek lah pakcik makcik, jangan bagi orang stress. Orang kalau stress jadi tak SUBUR. Cuba makan je rendang kari tu dan tak peduli pasal bila orang nak beranak dan tambah anak. Dok tanya banyak kali, nanti menantu malas nak balik kampung beraya. Jangan pula buat andaian kata MANDUL kalau dah bertahun tak ada anak. Ingat, segala ketentuan tuhan tentu kan. Kita usaha, kita redha dan selebihnya kita tawakal. Jangan buat andaian cepat macamlah DUKUN KAMPUNG.

Minggu depan raya yang bakal ditanya soalan sebegini, rilek je occay. Banyak kan sabar. Kalau dorang banyak kali tanya, sumbat je dengan lemang ;)

xoxo

LOVE-CINTA

Do I ever miss being in love? Yes I do.

That feeling of warmth when he's in the room, the deep conversatons exposing your heart to someone you can trust, preparing a surprise romantic dinner for him or a special night out, a gaze in his eyes that say I love you, without saying a word. That feeling of being whole and complete, content, and happy. The way my heart raced as I was making my way to see him...or knowing he was on his way to see me. Then the way I would forget to exhale when he stood before me. The way he would look at me as if I alone was the only woman on this earth.

I love being in love, giving love and receiving love! It's the most wonderful feeling in the world, especially when it's mutually felt. ( Ell, 2013 )




Wednesday, 24 July 2013

Anang udu bejaku, tilik duluk!


Bisi kaban dalam fb minta ampun tegal suba madah diri b'gedik meda aku sebana belama lenyau indai. Ko ia, baru diatu aku nemu alu ngasai dalam ati, nama kebuah nuan udu endar ngenang penusah nuan * ngau sinu tudah kaban betusi *

Aku diau aja, tuchum pan aku enda ( taja ia nda meda laban dalam talipaun ), aku mina madah, sabar + kuat.

Aku nemu, sekumbang indai aku nadai, aku mayuh besebana mawa dalam facebook laban aku ka nyabak ba mua apai, bala menyadik aku ke bukai, aku enggai ngau enda ulih. Aku baka tuchum di mulut, nyabak dalam ati. Ti nunjuk ke aku nda kering ba sida, kati aku ka ngatur ke pengidup bala menyadi aku deh? Alu majak tusah ga sida. Aku diatu nganti tempat indai aku taja aku biak, nya meh pesan indai aku sebedau ia parai.

Nya meh urang dalam facebook udu bejaku ke aku tegal penusah tuk. Ya ke aku pedis ati, bila bisi urang madah, " Begedi endar meda ia, kapa nda indai ia parai ", ko urang.

Mulai ke crita tadi, nya mih kitai, seagi kitai bedau lenyau urang ke disayau, seagi nya meh kita enda nemu penyinu ati urang ke parai apai indai, bala menyadi, kaban belayan. Anang ancik ati meda apai indai agi bisi, alu ka sumbung ngadu jaku baka tuk. Bedau kena, bedau ngasai, bedau kena anang munyi baka nya. Sama bela parai magang apai indai kitai, anang gaga duluk. Udah tekena, nya baru kita teduduk.

Monday, 22 July 2013

Sesebuah perubahan

: Dalam kita bergembira, beringatlah ada orang yang sedang sedih dan susah hati. Kita semua akan melalui fasa kehilangan orang disayangi dalam ahli keluarga kita atau insan yang dicintai. Luang kan masa yang ada dengan mereka, life is short, enjoy it fullest. Ada ayah dan ibu lagi, go hugs and kiss them. Mungkin esok atau lusa, anytime je mereka akan pergi tinggal kan kita. I been there and  totally changed my whole life. Ada duit banyak pun, dah tak ada guna. Kalau sebelum ni, mungkin di antara kita akan bagi duit pada mak ayah, beli kan mereka itu dan ini, bila mereka tiada, nak bagi pada mereka pun, there is no use anymore.

Jangan sibuk dengan kerja, jangan terlalu sibuk dengan benda lain, jangan asyik fokus dengan satu orang sahaja kerana mungkin orang lain perlu kan perhatian kita. Nanti orang tu dah tak ada, baru kita sedar kehadiran dia. SIBUK dalam hidup manusia banyak membunuh. Sibuk dengan kerja, suami isteri cerai berai, sibuk dengan urusan aktiviti, mak ayah sakit pun kita lupa nak jaga, sibuk yang tiada penghujung tak ada guna.

Sekadar mengingat teman-teman ; jangan kita lalai dengan apa yang kita ada sekarang. 


Merdeka SARAWAK!




It's my motherland Sarawak's true independence day today. Selamat Hari Merdeka! Proud to be sarawakian ! The place like no others !!! We r so unique !

Kanak-kanak & kereta

Suhu di dalam kenderaan yang dibiarkan di bawah panas terik boleh meningkat kepada lebih 50 darjah Celcius dalam masa 20 minit dan menyebabkan kepanasan melampau kepada yang terperangkap di dalamnya. 

Menurut Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, peningkatan suhu secara drastik dalam masa singkat itu menyebabkan suhu dalaman badan bayi atau kanak-kanak meningkat sehingga 41 darjah Celcius berbanding suhu normal pada 37 darjah. 
"Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku yang seterusnya berlaku kekurangan air di dalam badan, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ di dalam badan dan seterusnya kematian.  Ini dikenali sebagai ''heat stroke'' (strok haba), kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) akibat kekurangan udara kerana tingkap ditutup rapat,"
  • kanak-kanak lebih cepat menerima kesan berbanding orang dewasa kerana saiz tubuh yang kecil. 
  • Jumlah cecair di dalam badan manusia berkadar dengan berat badan kita. Berat badan kanak-kanak jauh lebih sedikit, jadi suhu lebih cepat naik kerana jumlah air yang sedikit. Air diperlukan untuk ''regulate'' suhu badan manusia
Jadi kan iktibar kes kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta dengan tingkap tidak dibuka, hawa dingin dibuka. Jangan kita sebagai ibu bapa, ahli keluarga lalai.

Sunday, 21 July 2013

Tragedi di KUALA LUMPUR

Trauma, fobia selepas kejadian. Tidak mudah lagi untuk percaya kepada orang & lebih berhati-hati. Yang hilang memang barangan yang bernilai. Di sebalik kejadian saya belajar banyak pekara. Apa pun, its a life lesson untuk saya.


" Beautiful Journey of my lyrics and myself as Sulu Sarawak ( BJ ) Songlyricist ": Bekas Kekasih

" Beautiful Journey of my lyrics and myself as Sulu Sarawak ( BJ ) Songlyricist ": Bekas Kekasih: Apakan daya sudah suratan Nasibku ini menghadapi Gelombang cinta yang hampakan Tiada lagi cahaya yang menyinari hidupku Mungkinkah a...

Bekas Kekasih



Apakan daya sudah suratan
Nasibku ini menghadapi
Gelombang cinta yang hampakan
Tiada lagi cahaya yang menyinari hidupku
Mungkinkah aku yang bersalah
Ataupun kau yang berpura

Itulah bait lirik lagu gelombang cinta oleh kumpulan heavy machine ; lagu malar segar! 


Siapa yang tidak pernah bercinta dan putus cinta. Jika bercinta, perasaan nya sungguh indah dan romantis. Masing-masing sentiasa ada untuk menjaga diri masing-masing. Jika yang di sana sakit, yang di sini akan merasa. Jika di sini merindu, maka yang di sana akan turut merindu. Namun, tidak semua cinta itu berakhir dengan satu kepastian - cinta memberi derita dan luka dalam hidup seseorang, kecuali cinta yang ESA kekal abadi dan menenangkan. Bila putus cinta, TUHAN yang selalu kita jadi kan pendengar, dekat kan diri kita dengan DIA untuk mendapatkan keredhaan tanpa pasrah.


Kisah cinta saya tidak jauh beza dengan kisah cinta orang lain. Apa yang saya sekarang adalah sakit nya dalam hati, saya rasa lemah dan putus asa untuk terus kan kehidupan, jiwa saya merana kerana terluka, segala sendi dalam badan bagai ditetak - tetak, otak saya tidak berfungsi sepenuhnya - saya BLUR!


Saya sekarang cuba untuk bangkit, saya banyak membaca kata semangat dan positif menerusi laman sosial dan google. Saya belajar untuk menerima makna tawakal dan melepaskan walau perit untuk saya lalui serta lupa kan terus kenangan lama. Mana mungkin sekelip mata kita bisa memadam kenangan itu seperti REMOVE fail dalam komputer/laptop. Namun saya bersyukur, saat nya saya rebah kerana cinta, ramai yang tampil memberi bantuan. Bantuan dari segi SOUL, bantuan dari segi mendengar masalah dan bantuan memberi cadangan bagai mana untuk bergerak ke depan tanpa berpaling ke belakang lagi.


Ramai juga yang mempersendakan saya kerana banyak pekara BODOH yang saya buat ketika sesi MURUNG saya ditinggalkan BEKAS KEKASIH ; saya belajar dari kesilapan itu, saya kutip dan sekarang saya cuba untuk betul kan keadaan. Saya seorang yang dikenali, jadi bila pekara BODOH itu saya laku kan dan letak di laman sosial, maka ramai yang cakap BUSUK di belakang dan saya dipinggirkan. Saya dipinggir mungkin kerana mereka rasa tindakan saya agak GILA, PSIKO dan layak untuk dihumban ke wad sakit jiwa. Ya, saya akui saya agak jiwa kacau. Di saat dia tinggal kan saya, saya masih " dealing " dengan kematian ibu angkat, mak kandung & nenek saya. Ketiga wanita ini amat penting dalam hidup saya, tanpa mereka saya lemah, saya terhumban ke tanah! Pada masa saya minta untuk dipaut, dia tinggal saya pergi dan jauh. Tanpa dengar penjelasan, tanpa beri saya peluang untuk jelaskan apa yang berlaku. 


Saya terkejut, terkejut kerana saya sudah seperti tidak kenal dia siapa. Sikap nya yang lembut hati, memahami dan begitu menyayangi saya berubah sekelip mata menjadi lelaki EGO, lelaki yang tidak ingat masa susah dia, saya sentiasa ada dengan nya, berdoa siang malam moga masalah yang dihadapi nya lari dan tidak kembali. Saya ada dengan dia, saya ada dengan dia...  Entah dia ingat atau tidak kehadiran saya ketika dia menangis, ketika dia susah hati dan saya memeluk dia dari jauh walau tidak berdekatan, entah dia ingat atau tidak susah payah bersama walau kami duduk jauh, entah dia ingat atau tidak, saya yang sentiasa memahami dia.. entah dia ingat ke tidak? Mungkin tidak kot, mungkin tidak. Mungkin sekarang ini dia tersenyum bahagia dengan orang baru dan lupa terus siapa yang pernah sanjung dia dulu, yang pernah jadi kan dia yang pertama dalam hati, yang jadi kan dia RAJA dalam hidup saya.


Sesungguhnya, saya tidak TERLUKA tetapi saya TERKILAN! Terkilan kerana saya tidak diberi peluang kedua. Kerana satu kesalahan yang mungkin orang lain boleh memaafkan, dia terus padam berjuta kebaikkan saya dan pergi. Saya tidak terluka.. tidak terluka.. saya berkecil hati!


" Beautiful Journey of my lyrics and myself as Sulu Sarawak ( BJ ) Songlyricist ": Lagu indon vs lagu mas : Yang mana satu, idaman ka...

" Beautiful Journey of my lyrics and myself as Sulu Sarawak ( BJ ) Songlyricist ": Lagu indon vs lagu mas : Yang mana satu, idaman ka...: Tak tahu nak jawap apa, bila ada seorang penyanyi lelaki popular menanya saya, apa formula lagu-lagu indon di terima ramai di malaysia. Pe...

IFTAR

: Syukur dengan rezeki, banyak yang kakak masak tadi untuk berbuka, begitu juga dengan kuih muih. Senyum lihat gelagat dua anak kakak, adik ( farah ) & kakak ( shareena ) minta rm5.00 dari ayah mereka setelah selesai makan. Sehari penuh puasa, rm5.00 ganjaran nya. Manakala untuk terawih, rm10.00, jika rakaat itu sedikit, maka rm5.00 ( potong setengah ). Tak pe lah, budak-budak baru nak belajar puasa & terawih

Kakak saya mualaf, nur adlina binti abdullah atau nama dulu nya Ellyn Teria anak Bungang, turut berkongsi pengalaman dia berterawih. Sempat tadi usik kakak," TAHU KE NAK TERAWIH? " Kakak jawap, " Eh mestilah! Kita belajar occay! Tak macam adik tu ( merujuk anak dia yang bongsu ), 8 rakaat je dah balik! "

Rindu pada mendiang mak. Kakak dan adik dah besar dah mak. Dah macam minah KPOP.


" Ramadhan isnt about buka puasa Ramadhan isnt about food. Ramadhan isnt about buffets. Its about experiencing hunger to think of other. "

xoxo

Friday, 19 July 2013

Peluang kedua

: Saya pernah buat silap dan sekarang saya belajar. Saya pernah jatuh dan masih lagi jatuh ; now i being positive & on track. Mudahan, yang baik akan datang asal niat kita baik. I am planning a good comeback in my carrier, embracing my beautiful life fullest and treat everyone nicely.

Everybody has gone through something that has changed them in a way that they could never go back to the person they once were. It is never too late to make things right.

Sebab itu saya rasa, setiap manusia yang pernah melakukan kesalahan berhak untuk mendapat peluang yang kedua untuk dia betul kan mana yang salah, silap dia dulu. Tidak salah untuk kita memberi ruang kepada mereka untuk membetulkan keadaan, jangan menambah lagi benci sebaliknya mati kan rasa dendam, benci itu dan redha menerima apa jua kesalahan dia kepada kita.

Ada sebab mengapa kita buat silap, ada sebab mengapa dia buat silap. Jadi, tolong hormat dan letak diri kita di tempat dia. Cuba untuk fahami, cubalah untuk mengerti sebab kenapa ia terjadi, jangan terus memenjarakan salah dia tanpa dibicarakan dan diberi peluang bersuara.

Lagu indon vs lagu mas : Yang mana satu, idaman kalbu?

Tak tahu nak jawap apa, bila ada seorang penyanyi lelaki popular menanya saya, apa formula lagu-lagu indon di terima ramai di malaysia. Pendengar ada jawapan nya, saya sebagai penulis pun masih mencari jawapan. Semasa saya mula menceburi dalam bidang penulisan lirik, komposer FATHUL ( indie music, pelukis ) menanya saya tentang gaya penulisan yang akan saya guna kan. Saya lantas menjawap, saya suka muzik & gaya lirik kumpulan peterpan! Bahasa yang ringkas, mudah difahami dan tidak berbelit. Berbulan saya mentelaah lirik-lirik peter pan sebelum saya menyudahkan lirik " Izin ku pergi ".

Sejak itulah gaya penulisan saya lebih ke arah seberang, simple... simple... simple.. tak nak pening kan kepala pendengar yang mendengar, terlalu banyak yang tersurat, mereka tidak faham. Terlalu banyak bahasa sastera yg digunakan, bukan semua belajar sastera. Baik terus kepada ayat, kalau nak putus.. cakap je putus instead of saying, " Asal kau riang tertawa di sana, aku rela melepaskan segala kebahagiaan ku "

Thursday, 18 July 2013

Their LOVE for me is BLIND.

Bisi bala wartawan nanya aku, datai enda ke anugerah dayak ari enam tuk? Ukai sekali dua nanya, tang tiap taun ditanya, datai atau nadai. Sorry to say ; INDUSTRI MUZIK IBAN BA SARAWAK MEMINGGIRKAN AKU ; INDUSTRI MUZIK MALAYSIA BA KUALA LUMPUR MEDA BAKAT AKU, MENGHARGAI PENCAPAIAN AKU, tapi sayau BANSA DIRI MPU MINGGIR AKU, NDA MALIK AKU. Lagi nemu komplen madah lapa aku nda ngaga lagu iban, lapa aku nda nulung bansa iban, nahhhhh sapa salah deh?? Nang aku PEDIS ATI, moha ko laut. Maka lagu dimain ba cats radio, nama enda nemu aku urang sarawak, bansa IBAN TULEN??? 

Ya buta pia ngau nama SULU SARAWAK?? Aku nda kisah nama aku nda dipalik ba menua aku mpu ; ASAL AKU DAH MENCIPTA NAMA DI KL, BRUNEI, SINGAPORE serta indonesia! Ukai jaku sumbung, tapi jaku ari dalam ati seorang INSAN SENI BANSA DAYAK TI BKARYA BA SEMENANJUNG. BA MENUA URANG AKU DI AGUNG, TP MENUA DIRI MPU, AKU NDA DIPALIK.

Terima kasih daun keladi^^

komposer dan penulis lirik dari indonesia kata lirik saya tak sesuai masuk market indonesia ; well terpulang pada individu memasing. Saya terima kritikan itu dengan hati yang lapang, no harm  

Cuma saya punya style di hujung nya bait mesti sama, saya tak boleh lari dari meletakkan bait yang sama huruf. Saya tak mahu sama style penulisan saya dengan yang lain, habsah hassan ada cara dia, arwah loloq pun sama, malah ahmad fedtri pun lain cara dia. Kalau rasa bait akhir saya sama huruf dikatakan tidak sesuai dengan market indonesia, what can i say? 

People too quick to judge always end up with the wrong information

orang selalu cakap, saya ni high taste, classy dan memilih kawan, sebab tu segan nak berkawan mahu pun jumpa saya di luar. Sekali jumpa terus tak nak lagi. Bila tanya, kenapa? Segan nak kawan dengan you, you siapa, i siapa?

to be honest kan, saya dah JEMU dengar alasan begini. Saya ni keja menulis lirik, bukan selebriti. Yang top tu artis, saya keja menulis saya dapat gaji, duit macam korang gak, jadi tak perlu nak kekwat dengan saya dan rasa saya ni memilih kawan. Kecik ati OKEY, bila kita nak berkawan, orang lari sebab hal macam ni. Lepas tu ada cakap depan, segan nak keluar dengan AIM WINNER. Ek elehhhhhhh apa jadah. Itu tanda orang hargai hasil kerja saya, takde kena mgena saya nak myombong bagai. Bila saya buat extensions hair, jangan ingat saya ni KAYA tahap gaban. Itu semua adalah untuk kepuasan saya, saya tak minta LELAKI belanja pun.

dan satu lagi, tak perlu nak tanya kawan yang rapat dengan saya, SULU TU KENAPA DENGAN STATUS DIA YANG MACAM DRAMA?

itu escapism saya sebagai seorang penulis, otak saya geliga, fikir pun kreatif, tak macam yang tanya tu otak BENGAP (*,*)

Nak kawan dengan saya kawan je la, takde yang marah bagaiiiiiiiiiiiiiiiii der (*,*)

Don’’t judge my choices if you don’’t understand my reasons.

** Silap besar sekiranya kamu suka mengadili seseorang dari luaran **
" DUN JUDGE THE BOOK BY IT COVER "...

** Silap besar JIKA kamu mudah menghukumi seseorang dr segi berpakaian, silap besar JIKA kamu mudah menyalahkan
 seseorang dr segi perwatakan dan riak wajah, silap besar JIKA kamu tidak membuka minda kamu dan ke depan, menerima yang dunia ini LUAS dan MINDA kamu sebenarnya TERTUTUP, silap besar JIKA kamu masih berada di takuk lama... berulang kali membuat andaian yang TIDAK BERASAS, silap besar JIKA kamu ketawa dan ketawa kamu itu adalah ketawa BODOH **

Tragedi embun di tengahari


Lagu tema drama berepisod tragedi embun di tengahari siaran di singapura.
Komposer dan penulis lirik : Mamam wahab/nizam rahman/Sulu sarawak
Penyanyi : Sarah Aqila feat nizam rahman

Lirik :
Berbeda kemahuan
Hala cita tujuan
Kehidupan bukan beban

Terbakar sinar mentari
Tragedi embun di tengahari
Tegar diuji teguh iman sejati

Kilauan kusam itu embunan
Menyiram namun tak berkesan

Atas kanvas waktu menari
Tertumpas habis tak tinggal lagi
Menyinggah bumi hanya tuk pulang pergi

Embun merenda di tengahari
Meruntun ruang hati yang sepi

Am i?

rasa bangga bila artis berpengaruh baru melafazkan kata di telefon ; Sulu, u r the most talented songlyricist i ever met ** Aku akan terus b'karya sampai hujung nyawa walau orang anggap insan seni seperti aku Sekadar Kain Buruk. Tak pernah sekali aku terfikir mahu ' give up ', malah aku ingin teruS berjaya walau seberat mana beban yg dipikul. Pengalaman mendewasakan ; suka dan duka sudah dan sedang aku lalui. Aku akan cuba tabah walau aku tidak sekuat mana. Doa kan kesejahteraan saya!

" Anak iban "

bila aku macha berita pasal aku ba utusan borneo, amat bsyukur aku. Amat munyi ko tulis artikel nya, aku btuah. Au, btuah aku laban aku bangsa iban ke bisi nama di semenanjung, dah nya ngena nama sulu sarawak, ka nyebut popular endar nda gak, bisi ga nda ngelala, tang kelimpah ari nya, aku bangga ngau pcapaian aku empu. Aku ngasai kadiri urang kampung, iban kampung, menua aku mit ukai asal kuching tp kaki aku udah niki pentas. Ingat aku suba, ka depan bilun keketap ati, datai ba tv3 diinterview urang ngena selipar aja pansut tv, baju rega rm30 dikena. Baru pansut ari U jarak, agi ngarap duit apai indai. Diatu d kl, aku nda malu ngaku aku dayak bansa iban. Bala retis melayu nanya meh adat iban baka ni, nda aku malu madah. Bisi ga nyangkup ka belajar, ajar aku ga. T bisi meeting btemu ngau retis, client besai ba kl, t apai aku kol, saut ku dalam bahasa iban. Reranggap tudah sida, ngumbai aku bisi campur pilipin* Tak lain mua nuan, nda baka melayu ko sida, kati ke deyh.. Mua iban sigi te UNIK. BEAUTIFUL dayak as i always said. Nda baka stengah iban di KL, jaku dah ngelaung ke urang din. Amai pan peda kita ba fb aku jaku melayu belama tang in person JATI IBAN aku sangat kuat laban aku endang iban. Syukur aku ngau rejeki petara. Terus nyukung aku au.

We must learn to accept something with Redha.

: Ada yang inbox fb setelah tahu saya ni penulis lirik, alkisahnya ada yang mengadu kisah cinta yang putus di tengah jalan ( kot boleh dijadikan ilham lirik baru akan datang, kata nya ), ada yang meminta untuk membuat ayat memujuk kekasih untuk kembali bersama dan memikat mereka yang keras hati sebab pernah gagal bercinta dahulu kala. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita kalian yang sedikit-sebanyak saya jadikan ‪#‎teladan‬ ( life lesson ) untuk pengalaman hidup saya. Sebagai insan yang pernah merasa dicintai, bercinta dan bermatian cuba mempertahankan hubungan yang lalu, saya memahami penderitaan anda. Siapa yang tidak rasa kecewa, sedih, stress, binggung, tiada arah dan memendam rasa dalam jiwa. Jangan menyimpan dendam dengan pasangan anda kerana tak ada seoran gpun yang Tuhan kirimkan dalam hidup kita, yang datang dengan sia-sia. Semua pasti meninggalkan kebaikan tersendiri.. Yang hilang, boleh dicari. Yang berlalu, biarkan ia pergi. Yang lampau, tak dapat diulangi. Yang penting, hari ini kita hargai. Jangan bazirkan air mata kerana ‪#‎cinta‬ terlalu lama, entah-entah bekas anda di sana hidup bahagia dengan yang ‪#‎baru‬, dan anda gundah gulana untuk apa? Bak kata pepatah, barang yang lama usah dikenang. Jangan hidup dalam kenangan, sebab kadang – kadang kita akan lemah dengan permainan emosi. Yang inbox ramai jejaka melayu ; sebagai seorang yang bukan islam, jujur saya kata kan, " ISLAM ITU INDAH - jika kita ikhlas mendalami ". Bila kecewa, back to basic - ingat ALLAH ( Izin kan saya guna perkataan ‪#‎ALLAH‬, because i dont want to use he either HIM ) Bykkan solat2 sunat malam, terutamanya solat taubat, hajat dan tahajjud : baca quran, sesungguhnya quran byk menenangkan ketika sedih & berzikir..Jika tiba-tiba teringat kisah sedih tu, bykkan istighfar. ( Yang saya tahu sedikit-sebanyak ) Benar. kita hidup bukan sekadar kerana untuk mencintai sesama manusia, ada lagi matlamat yg lebih besar. Iaitu mencintai dan dicintai oleh ‪#‎TUHAN‬ ( untuk apa jua agama sekali pun ) Keep calm. be strong. GOD will love you no matter what Sometime, when we can get through our sadness, it would become a memory that colored our life and might become the inspiration to other people. So, try to solve our heart’s problem and keep praying. only Him can change what He has created. Godwilling ~ ^.^ - ell - "Jika hadirnya seseorang itu hanya utk menghadiahkan airmata kepadamu, sebenarnya waktu itulah TUHAN sedang mendidikmu supaya sabar & redha"

If you're not making mistakes, then you're not doing anything. -John Wooden

: Yes, I do know I made mistakes. I know all the mistakes and fixed it in the annotations. I may not be the greatest person, but I'm willing to learn from my past, failures and wrongs; to be better, smarter, stronger and wiser. Saya banyak buat ‪#‎salahsilap‬ dengan mereka yang ikhlas menyayangi saya ; but i take them for ‪#‎granted‬ ; takbur dan angkuh, sebab itu tuhan tarik satu persatu yang jadi milik saya. Menyesal? Tak. Sekurangnya dengan rasa sakit yang sekarang, saya dapat rasa bagaimana saya dulu pernah luka kan hati orang and now im fixing things. If there was a button, that can make you go back in time and fix all of your mistakes, I'd be first in line to push it.

Plutonic

: Really missed having a plutonic relationships between a man and a girl. Berkawan dengan perempuan, walau ramai, sangat menyusahkan. Sorry to say, girls susah nak deal berbanding lelaki dalam berkawan. Dorang rilek, cool, understanding. ‪#‎friday‬
Girls are full of drama. That's why I like hanging out with guys better.

NUR AMALINA CHE BAKRI

suka dengan NUR AMALINA CHE BAKRI. Seorang yang bijak dan positif ; biarlah orang nak kutuk apa tentang cara dia berpakaian, eventually one day dia akan berubah dari segi penampilan apabila mendapat hidayah. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, hentikan kata-kata yang kesat dan menghina, guna kan perkataan yang baik-baik jika mahu menegur. I dont judge her on her appearences, but she inSpired me with her KNOWNLEDGE, ACHIEVEMENTS & INTELLIGENTS

Jangan pandang enteng si TUKANG JAHIT!

: Mungkin dulu tukang jahit, pereka fesyen dipandang enteng tapi zaman sekarang, mereka boleh buat duit dan harum kan nama negara. I have my own fave designers in malaysia. Walau tiada berpeluang ke MIFA/W, tetapi saya mengikuti perkembangan pereka fesyen kegemaran saya di laman sosial, youtube untuk melihat rekaan terkini mereka. Amir luqman : I luv being sexy & BOLD, and i choose amir's sense of style. Amir pandai buat perempuan nampak konfiden dalam dress rekaan dia, not trashy tapi ada class. I heart most of her catwalk! Tel me, siapa lagi pereka fesyen yang open his or her own fashion show with that killer strut! bon zainal : I luv him to style my men!! calvin thoo : If i wanna go sweet, cute, elegent.. i choose him for my evening gown! nazreen idris is my current fave! Kalau saya nak jadi ratu sehari, saya pilih naz.. rekaan dia akan buat saya seperti CINDERELLA - setiap rekaan dia ada pesona.

AIDS & Transexual

layan dokumentari berkenaan pesakit AIDS dan transexual di malaysia. Masy yang cetek ilmu akan segera menyisih ; yang TS nak bekerja tetapi selalu ditolak, tidak diberi peluang. Golongan ini perlu duit kerana ada mereka yang menyara keluarga, adik-beradik yang masuk kolej atau masih bersekolah. Keluarga boleh menerima, tetapi masy luar memandang hina. Nak berkhutbah lebih pun, kalau satu SUARA memberi pandangan dari sudut positive dan selebihnya banyak tidak mahu memahami, pun susah juga. Pesakit AIDS pun sama ; jangan mudah memandang mereka keji. Tidak semua pesakit aids itu mendapat penyakit dari diri dia sendiri - perbuatan yang disengajakan, tetapi secara tidak sengaja ( faktor luar ) - Jadi janganlah mudah untuk kita memandang rendah mereka bagai kan mereka ini sampah. THEY NEED HELP! So, dont judge. Saya seorang yang berfikiran terbuka, saya tidak kata kan betul menjadi transexual dan betul untuk mendapat penyakit AIDS, tetapi saya jenis yang RESPECTS setiap peribadi hidup orang, saya hormati SEBAB, MENGAPA dan BAGAIMANA sesuatu itu terjadi. Saya tidak BLOCK otak saya untuk tidak mahu menerima sesuatu tanpa cuba berada di tempat orang itu. I am OPTIMISTIC.

Wednesday, 17 July 2013

" Gemuk ke nak KURUS? "

: Tadi jogging, ada perempuan berbadan besar jogging keliling trek dengan penuh semangat. Banyak kali dia pusing & pusing ; mengingatkan saya kenangan masa mahu kurus 8 tahun yang lalu. Hujan renyai pun redah, panas pun tak kisah, asal kan habis sudah lemak dibakar, hati pun senang tak ada gundah! Kata pepatah yang bagi saya memang HIPOKRIT ; " Cinta yang ikhlas datang dati hati, bukannya datang dari paras rupa ". "Terima dia apa adanya. Bukan hanya kerana paras rupa semata-mata mahupun harta benda". Dulu saya gemuk ; kulit hitam, rambut ketak-ketak * sebab badan besar, panas dan rimas berambut panjang, jadi terpaksalah potong ala tempurung kelapa * bila letak gambar di laman sosial - lelaki ramai komen, " Awak macam monster! ", - yang perempuan CUN pula sekadar memberi icon SINIS ( dalam hati mereka cakap, poyo lah engkau minah gemuk! Ada hati nak berMYSPACE ) Bila diluah rasa jiwa tentang perbuatan orang, ada insan yang memberi sokongan ( untuk menyedap kan hati ) - Kalau cinta hanya dari paras rupa je, baik tak payah. Nak yang handsome, nak yang cantik. Tapi, tak setia. Tak guna jugak. Kenali hati? Macam mana nak kenal hati kalau sekali pandang dah BLAH diri? Kan HIPOKRIT nama nya. Letak gambar cun, ramai yang melayan - pujian melambung. Sakit sikit, semua dah concern, mengadu takde kredit - ramai berebut nak TOP UP kan, update " Saya dah gemuk ah " - ramai komen, TAKPE.. AWAK GEMUK AWAK COMEL ape! So, memang betul kan.. RUPA PARAS sandaran untuk jatuh cinta! Jangan nak tipooooooooooooooo ;)

Saturday, 13 July 2013

Comeback please!! ^^

: Bila tengok Muzik Muzik Tv3 rindu sungguh mahu melihat nama-nama penulis lirik yang dahulu aktif. Nama-nama besar yang menjadi idola saya seperti mama juwie, fedtri yahya, ad samad, mabel lee, nur fatima, shah shamsiri - yang mana telah saya jumpa dan kenal, serta yang kini masih GAH habsah hassan, arwah loloq, lukhman s, s amin shahab, hairul anuar harun, keon, asmin mudim, hani m.j, amran omar, aiman dan yang lain. Sekarang, penyanyi pun jadi penulis lirik, komposer, yang band pun banyak buat lirik dan buat lagu untuk group mereka sendiri. Penulisan mama juwie memang saya selalu nanti, banyak lagu-lagu beliau yang menjadi malar segar. Terakhir saya tanya mama, bila mama mahu muncul. Kata mama kepada saya, saya nak tunggu melodi macam lagu izin ku pergi, baru saya come back! Berada bersama penulis-penulis ini membuatkan saya secure, fun kerana kami punya minat yang sama - hanya penulis sahaja yang faham apa yang difikirkan oleh rakan penulis ( kata shah shamsiri kepada saya dulu ). Setiap penulis lirik yang telah saya kenal punya identiti tsendiri, sebab itu mereka ada PENGENALAN diri pada setiap lagu, kalau sama je gaya memang KLISE. Saya tidak menyesal memilih karier sebagai penulis, walau dulu ada pilihan untuk menjadi guru, but my soul is not there, i love writing most than teaching. Peluang untuk bekerjasama dengan komposer ternama memang selalu ada, cuma kadangkala kami terikat dengan syarikat masing-masing, itu yang menjadi halangan. But im blessed and wanting more of my writing. Ayuh lah rakan-rakan penulis senior ku semua, please do a comeback - its about time to show us face in the front COVER.