Sesebuah perubahan
: Dalam kita bergembira, beringatlah ada orang yang sedang sedih dan susah hati. Kita semua akan melalui fasa kehilangan orang disayangi dalam ahli keluarga kita atau insan yang dicintai. Luang kan masa yang ada dengan mereka, life is short, enjoy it fullest. Ada ayah dan ibu lagi, go hugs and kiss them. Mungkin esok atau lusa, anytime je mereka akan pergi tinggal kan kita. I been there and totally changed my whole life. Ada duit banyak pun, dah tak ada guna. Kalau sebelum ni, mungkin di antara kita akan bagi duit pada mak ayah, beli kan mereka itu dan ini, bila mereka tiada, nak bagi pada mereka pun, there is no use anymore.
Jangan sibuk dengan kerja, jangan terlalu sibuk dengan benda lain, jangan asyik fokus dengan satu orang sahaja kerana mungkin orang lain perlu kan perhatian kita. Nanti orang tu dah tak ada, baru kita sedar kehadiran dia. SIBUK dalam hidup manusia banyak membunuh. Sibuk dengan kerja, suami isteri cerai berai, sibuk dengan urusan aktiviti, mak ayah sakit pun kita lupa nak jaga, sibuk yang tiada penghujung tak ada guna.
Sekadar mengingat teman-teman ; jangan kita lalai dengan apa yang kita ada sekarang.
No comments:
Post a Comment