Friday, 19 July 2013

Lagu indon vs lagu mas : Yang mana satu, idaman kalbu?

Tak tahu nak jawap apa, bila ada seorang penyanyi lelaki popular menanya saya, apa formula lagu-lagu indon di terima ramai di malaysia. Pendengar ada jawapan nya, saya sebagai penulis pun masih mencari jawapan. Semasa saya mula menceburi dalam bidang penulisan lirik, komposer FATHUL ( indie music, pelukis ) menanya saya tentang gaya penulisan yang akan saya guna kan. Saya lantas menjawap, saya suka muzik & gaya lirik kumpulan peterpan! Bahasa yang ringkas, mudah difahami dan tidak berbelit. Berbulan saya mentelaah lirik-lirik peter pan sebelum saya menyudahkan lirik " Izin ku pergi ".

Sejak itulah gaya penulisan saya lebih ke arah seberang, simple... simple... simple.. tak nak pening kan kepala pendengar yang mendengar, terlalu banyak yang tersurat, mereka tidak faham. Terlalu banyak bahasa sastera yg digunakan, bukan semua belajar sastera. Baik terus kepada ayat, kalau nak putus.. cakap je putus instead of saying, " Asal kau riang tertawa di sana, aku rela melepaskan segala kebahagiaan ku "

No comments:

Post a Comment