Sunday, 21 July 2013

Bekas Kekasih



Apakan daya sudah suratan
Nasibku ini menghadapi
Gelombang cinta yang hampakan
Tiada lagi cahaya yang menyinari hidupku
Mungkinkah aku yang bersalah
Ataupun kau yang berpura

Itulah bait lirik lagu gelombang cinta oleh kumpulan heavy machine ; lagu malar segar! 


Siapa yang tidak pernah bercinta dan putus cinta. Jika bercinta, perasaan nya sungguh indah dan romantis. Masing-masing sentiasa ada untuk menjaga diri masing-masing. Jika yang di sana sakit, yang di sini akan merasa. Jika di sini merindu, maka yang di sana akan turut merindu. Namun, tidak semua cinta itu berakhir dengan satu kepastian - cinta memberi derita dan luka dalam hidup seseorang, kecuali cinta yang ESA kekal abadi dan menenangkan. Bila putus cinta, TUHAN yang selalu kita jadi kan pendengar, dekat kan diri kita dengan DIA untuk mendapatkan keredhaan tanpa pasrah.


Kisah cinta saya tidak jauh beza dengan kisah cinta orang lain. Apa yang saya sekarang adalah sakit nya dalam hati, saya rasa lemah dan putus asa untuk terus kan kehidupan, jiwa saya merana kerana terluka, segala sendi dalam badan bagai ditetak - tetak, otak saya tidak berfungsi sepenuhnya - saya BLUR!


Saya sekarang cuba untuk bangkit, saya banyak membaca kata semangat dan positif menerusi laman sosial dan google. Saya belajar untuk menerima makna tawakal dan melepaskan walau perit untuk saya lalui serta lupa kan terus kenangan lama. Mana mungkin sekelip mata kita bisa memadam kenangan itu seperti REMOVE fail dalam komputer/laptop. Namun saya bersyukur, saat nya saya rebah kerana cinta, ramai yang tampil memberi bantuan. Bantuan dari segi SOUL, bantuan dari segi mendengar masalah dan bantuan memberi cadangan bagai mana untuk bergerak ke depan tanpa berpaling ke belakang lagi.


Ramai juga yang mempersendakan saya kerana banyak pekara BODOH yang saya buat ketika sesi MURUNG saya ditinggalkan BEKAS KEKASIH ; saya belajar dari kesilapan itu, saya kutip dan sekarang saya cuba untuk betul kan keadaan. Saya seorang yang dikenali, jadi bila pekara BODOH itu saya laku kan dan letak di laman sosial, maka ramai yang cakap BUSUK di belakang dan saya dipinggirkan. Saya dipinggir mungkin kerana mereka rasa tindakan saya agak GILA, PSIKO dan layak untuk dihumban ke wad sakit jiwa. Ya, saya akui saya agak jiwa kacau. Di saat dia tinggal kan saya, saya masih " dealing " dengan kematian ibu angkat, mak kandung & nenek saya. Ketiga wanita ini amat penting dalam hidup saya, tanpa mereka saya lemah, saya terhumban ke tanah! Pada masa saya minta untuk dipaut, dia tinggal saya pergi dan jauh. Tanpa dengar penjelasan, tanpa beri saya peluang untuk jelaskan apa yang berlaku. 


Saya terkejut, terkejut kerana saya sudah seperti tidak kenal dia siapa. Sikap nya yang lembut hati, memahami dan begitu menyayangi saya berubah sekelip mata menjadi lelaki EGO, lelaki yang tidak ingat masa susah dia, saya sentiasa ada dengan nya, berdoa siang malam moga masalah yang dihadapi nya lari dan tidak kembali. Saya ada dengan dia, saya ada dengan dia...  Entah dia ingat atau tidak kehadiran saya ketika dia menangis, ketika dia susah hati dan saya memeluk dia dari jauh walau tidak berdekatan, entah dia ingat atau tidak susah payah bersama walau kami duduk jauh, entah dia ingat atau tidak, saya yang sentiasa memahami dia.. entah dia ingat ke tidak? Mungkin tidak kot, mungkin tidak. Mungkin sekarang ini dia tersenyum bahagia dengan orang baru dan lupa terus siapa yang pernah sanjung dia dulu, yang pernah jadi kan dia yang pertama dalam hati, yang jadi kan dia RAJA dalam hidup saya.


Sesungguhnya, saya tidak TERLUKA tetapi saya TERKILAN! Terkilan kerana saya tidak diberi peluang kedua. Kerana satu kesalahan yang mungkin orang lain boleh memaafkan, dia terus padam berjuta kebaikkan saya dan pergi. Saya tidak terluka.. tidak terluka.. saya berkecil hati!


No comments:

Post a Comment