Thursday, 5 September 2013

Orang buat saya jadi begini^^


Ayah saya tidak pernah wujud dalam hidup saya ; ibu kandung meninggal dunia. Saya tidak pernah rapat dengan mendiang ibu. Jurang antara kami sangat besar, saya dibesarkan oleh keluarga angkat. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mempunyai ayah dan ibu, diberi peluang untuk mempunyai kakak dan abang walau kadang kala terasa ingin berada di samping keluarga kandung. Teringin merasa bagaimana hidup dengan keluarga sebenar. Namun saya syukur diketemukan dengan keluarga angkat sekarang, syukur kerana saya mempunyai ayah, ibu, kakak, abang. Saya marah denga ayah kandung saya kerana meninggalkan saya dan ibu ; kenapa dan mengapa sering saya soal hingga dia sanggup melukakan hati ibu saya. IBU hidup dengan penuh derita dari saat dia bgelar ibu tunggal hingga ke saat dia MATI. Saya benci zaman kanak-kanak saya, benci zaman remaja saya, saya benci dan benci!

Beberapa bulan ini, hati saya patah. So much  happening in my life ; jiwa saya bagai dicarik halus dan ianya sangat sakit. Saya penat berbulan menangis, saya penat berlakon menjadi orang yang gembira, senyum seperti tiada apa yang berlaku. Saya penat dengan kehidupan yang ada, saya putus asa, saya blur, saya tak fikir apa-apa di dalam otak - KOSONG semua nya.

Saya penat... saya penat hingga saya hampir mahu membunuh diri. BODOH kan? Mudah sangat mengalah, mudah sangat berputus asa, mudah sangat menerima apa yang jadi dengan tidak fikir apa sebab nya, cuba perbaiki dan cuba ambil langkah positif. CINTA melukakan jiwa saya, cinta yang buat saya mahu akhiri nyawa saya seperti JIAH KHAN ; biar orang itu menyesal dengan apa yang sudah buat. Saya tidak sekelumit pun jahat, buruk sangka dengan dia, apatah lagi meninggal kan dia seorang diri ketika susah, tetapi KERANA dek SATU KESALAHAN, BERJUTA KEBAIKAN SAYA DIA PADAM.

CINTA - orang yang bercinta yang macam ni yang buat orang tak prcaya untuk bercinta lagi. SUCK! MAMPUSSSS, RASA NAK TUMBUK, nak lumat je perasaan ni dan baling ke dasar laut.

No comments:

Post a Comment