Monday, 16 September 2013

my name is ellina, you may call me SULU SARAWAK



Saya bukan lah pelajar paling genius di zaman persekolahan, malahan bukan yang popular. Saya seorang yang gemuk, berkulit hitam dan pendiam serta melalui zaman penderaan fizikal dan mental beberapa tahun - hingga menjadikan saya seorang yang introverb. AYAH tidak pernah wujud dalam hidup saya meski pun saya dibesarkan di dalam sebuah keluarga angkat yang baik dengan saya ; jauh di sudut hati saya menginginkan ayah kandung berada di samping saya bersama mak kandung - untuk membentuk satu keluarga yang sebetulnya KELUARGA buat saya. Namun saya syukuri kerana melalui keluarga angkat, saya mampu untuk ke sekolah, mampu hidup seperti kanak-kanak yang lain - bermain, punya barang mainan dan berlindung. Seingat saya, ayah kandung saya meninggalkan mak kandung ketika saya belum lahir lagi. Mak kandung terpaksa menempuh hidup membawa saya yang dalam kandungan dan menoreh getah subuh waktu. Apabila lahir, saya terus diserahkan kepada keluarga yang menjaga saya sekarang - untuk pendidikan dan dendam. YA, sejak kecil otak saya di " brain wash " oleh makcik dan mak kandung untuk belajar bersungguh, masuk U, jadi orang berpangkat bagi membuktikan kepada keluarga ayah, ayah kandung, yang mereka menyesal melepaskan saya dan mak kandung.  Jiwa saya tidak boleh menjadi seperti yang mereka mahu - saya lebih rilek ; saya tidak kenal siapa ayah saya dan tiada sebab untuk saya membenci dia ketika itu dan hingga kini pun, yang berlaku antara mak dan ayah, itu sejarah mereka. Itu prinsip yang saya pegang sekarang. Saya pun ingin bertemu sendiri dengan ayah kandung saya suatu hari kelak, tetapi BUKAN SEKARANG. Biarlah masa yang menentukan, saya tidak mahu CARI.

Menjadi seorang penulis lirik yang dikenali memang impian semua orang bagi yang meminati bidang penulisan. Terjun nya saya ke bidang ini tidak dirancang dan ianya kebetulan. Saya diketemukan dengan FATHULLAH, seorang komposer underground & pelukis yang karya lukisan nya saya amat kagumi. Beliaulah yang pertama mencungkil bakat penulisan saya melalui satu lagu yang terkandung di dalam album fathul yang pembikinan nya di BANDUNG. Hubungan saya dan fathul, entah kenapa tidak begitu baik sejak lahirnya album KHATULISTIWA beliau. It might be my fault ; atau masa merubah kedua jiwa manusia untuk tidak menjadi rapat sepertimana mula berjumpa.  I always adoring him even until now, OTAK fathul sangat geliga, gila-gila dan super genious! Kata-kata beliau apabila memacukan pena ke kertas, ke lukisan sungguh mengagumkan – saya selalu terpaku! Hadiah paling bermakna dari fathul untuk saya adalah satu kiriman kad beserta dengan buku inspirasi oleh OPRAH WINFREY kerana dia tahu saya begitu meminati OPRAH. I love you fathul, you always on my mind! “ KEKAMU! “.

Semangat penulisan fathul saya bawa kepada azlan abu Hassan ; yang betul mencungkil bakat saya ke DASAR PROFESIONAL dalam penulisan lirik. Melodi izin ku pergi dihantar secara pos laju dan diterima pada pagi hujan lebat ketika saya menerima berita kematian seorang kenalan akibat barah. Dengan nota ringkas, “ Cuba buat lirik berdasarkan  1. Verse 2. Chorus 3. Bridge 4. Ending “ dan sms, “ Jangan terlalu mengharap! “ . Saya ketika bersama dengan fathul banyak belajar dari lirik dan muzik PETERPAN kerana ketika itu saya suka akan lirik mereka yang simple tetapi straight forward dan  berbunga nya tidak terlalu sangat. Fathul pernah tanya saya, jika kamu mahu menembusi penulisan lirik di Malaysia, apa kah gaya penulisan kamu. Malam itu, ketika kami bergayut di telefon, saya lantas menjawap, saya mahu lirik seperti lagu-lagu PETERPAN!

Izin ku pergi – ditulis selama tiga hari dengan penuh penghayatan dan emosi yang saya masuk kan secara jujur. Saya gambar kan yang saya punya cerita itu dan setiap perincian lebih kepada bercerita bagi pihak mereka yang pernah melalui KEHILANGAN. Ramai yang keliru, bertanya apa makna di sebalik chorus izin ku pergi. Sebetulnya, lirik ini berkisarkan kepada mereka yang kehilangan yang tersayang dan ianya OK untuk kita MOVE ON, kerana hidup tetap kita terus kan. Sebab itulah, IZIN KU PERGI seolah meminta izin kepada yang pergi untuk kita pergi dari hidup dia yang lampau dan start a new life. Azlan berpuas hati dengan lirik dan kemudian selang beberapa bulan, sms dilayangkan dan meminta ic kerana lagu itu bakal diperdengarkan di radio kepada seluruh MALAYSIA. Saya gentar, takut kerana saya berada di dalam comfort zone ; saya tidak mahu dikenali. I was physically abuse and everynight I was afraid to off sleep kerana tidak mahu pendera saya melakukan deraan kepada saya, saya jadi pendiam, saya jadi pengecut, saya TAKUT dan FOBIA. Boleh ke saya handle crowd sekiranya saya perlu tampil ke depan untuk melakukan promosi – itu yang saya beritahu azlan and he said, you will never know, after this your life akan berubah! Dan ianya BETUL, hidup saya  berubah ketika lagu izin ku pergi dimainkan pada bulan dec 2007.

Saya terus ke AIM, saya terus ke AJL dan nama saya terpapar dalam majalah, surat khabar, radio dan TV. Saya dikenali satu Malaysia dengan sepantas kilat, lagu izin ku pergi Berjaya menduduki carta pertama di singapura, brunei dan juga Malaysia.  Dari saya tidak dikenali, duduk di kawasan terpencil dan naik ke pentas AJL dan AIM, ramai yang mahu menjadi kawan saya. Ada yang berniat, ada yang tidak berniat. Saya jadi alpa kerana FAME yang saya perolehi, orang yang saya sayang, I take him for granted ; saya teruja apabila dipuji, saya bangga apabila saya dipuji, saya suka sekali apabila saya dipuja, saya angkuh apabila saya dipuja. Yang berkawan pula sekadar datang dan pergi, mungkin kerana nama saya. Mungkin kerana saya tidak memberi pulangan seperti yang mereka mahu disebabkan saya berkawan kerana IKHLAS bukan kepentingan.

Kebelakangan ni, kehidupan yang saya ingat indah, rupa tidak seindah nya seperti yang saya impi kan. Menangis, kecewa, patah hati.. YA, PATAH HATI. Itulah jiwa saya sekarang. Patah hati untuk teruskan hidup, patah hati untuk bekarya, untuk mula kan sesuatu dengan penuh semangat. Saya rasa seperti kehidupan saya sekarang ditarik satu persatu kebahagiaan, nikmat nya TUHAN. Saya seakan sedar, hikmah yang saya perolehi dari apa yang terjadi beberapa tahun ini. Kematian ibu kandung, nenek tersayang dan mak angkat yang dikasihi ; membuatkan jiwa saya sangat kosong walau punya kerjaya yang orang lain mungkin mahu berada di posisi saya sekarang, HONESTLY I FELT EMPTY. I struggle with my life now, susah dan senang tiada siapa di sisi saya ; hubungan saya dengan ayah angkat semakin jauh – betapa susah saya mahu mengambil hati orang tua itu, semakin jauh dia berada hingga saya tidak mampu tergapai akan kasih sayang nya.

What did I do? Setiap malam saya menangis, saya gigit baju sejuk mendiang mak yang dia pakai ketika sakit di wad untuk elak kan dari suara tangisan saya didengari ayah. I been thru a hard time everynight all years! Susah untuk faham saya kerana mereka tidak pernah berada di tempat saya. Apabila kekasih saya meninggal kan saya untuk alas an yang sukar bagi saya terima ; saya JATUH TERUK. Just imagine, when everyone lef you, keluarga dan rakan yang pernah myanjungi saya, orang yang saya percaya lebih dan bergantung harap terus PERGI tak berpaling muka pada saya lagi. Masa itulah saya rasa dunia saya neraka, saya rasa jiwa saya dicucuk halus berulangkali dengan belati, saya rasa saya tidak berdaya untuk teruskan hidup dan saya ingin BUNUH DIRI for many times saya cuba.  Saya berada di kedudukan yang paling hina sekali saat itu. GELAP rasanya. GELAP, sangat gelap. Merapu di facebook, buat video yang orang tengok naik menyampah but they never knoe what inside my heart and mind. Im not fooling myself but I don’t have anyone to talk to!!

Mereka datang dan pergi sesuka hati ; itu selepas saya tiada hubungan dengan kekasih saya. Cuba untuk menangi hati dan perasaan saya tetapi ramai yang main-main. Saya tidak kisah kalau tidak suka, tetapi untuk berkawan apa salah nya, masalah nya… yang datang RAMAI menabur janji palsu yang menyebabkan HATI SAYA TAWAR untuk berkawan dengan sesiapa. Namun saya cepat tepis kerana bagi saya bukan semuanya sama, bukan semuanya serupa. Saya tidak tahu sama ada saya patut menjadi baik atau jahat dengan orang kerana bila saya baik pd orang saya selalu KENA, tetapi orang yang jahat akan sentiasa menang!


SAYA MAHU KEHIDUPAN BARU. Saya memilih untuk gembira selepas apa yang terjadi. I am moving now, I am move forward. Saya mahu berjaya sebagai seorang anak, insan dan  penulis lirik. Saya mahu karya saya dikenali seluruh dunia walau itu mustahil but NOTHING IS IMPOSSIBLE. Saya tidak mahu menjadi saya yang dulu, pendiam dan hanya menurut sahaja, saya tidak mahu menjadi saya dulu nya yang bongkak, mudah di makan puji, saya mahu menjadi orang yang genius di dalam HATI dan saya mahu martabatkan maruah saya ke tahap yang keluarga saya banggakan. Biarlah saya sendiri, biarlah saya terbuang dari mereka yang sayangi, asal saya tidak seperti itu. I WANT to be a better person, a wise person with a BIG heart. I don’t want to judge anyone, biarlah orang menghakimi saya – saya tidak KISAH sekelumit pun.

No comments:

Post a Comment