
Wednesday, 17 July 2013
" Gemuk ke nak KURUS? "
: Tadi jogging, ada perempuan berbadan besar jogging keliling trek dengan penuh semangat. Banyak kali dia pusing & pusing ; mengingatkan saya kenangan masa mahu kurus 8 tahun yang lalu. Hujan renyai pun redah, panas pun tak kisah, asal kan habis sudah lemak dibakar, hati pun senang tak ada gundah!
Kata pepatah yang bagi saya memang HIPOKRIT ;
" Cinta yang ikhlas datang dati hati, bukannya datang dari paras rupa ".
"Terima dia apa adanya. Bukan hanya kerana paras rupa semata-mata mahupun harta benda".
Dulu saya gemuk ; kulit hitam, rambut ketak-ketak * sebab badan besar, panas dan rimas berambut panjang, jadi terpaksalah potong ala tempurung kelapa * bila letak gambar di laman sosial - lelaki ramai komen, " Awak macam monster! ", - yang perempuan CUN pula sekadar memberi icon SINIS ( dalam hati mereka cakap, poyo lah engkau minah gemuk! Ada hati nak berMYSPACE ) Bila diluah rasa jiwa tentang perbuatan orang, ada insan yang memberi sokongan ( untuk menyedap kan hati ) - Kalau cinta hanya dari paras rupa je, baik tak payah. Nak yang handsome, nak yang cantik. Tapi, tak setia. Tak guna jugak.
Kenali hati? Macam mana nak kenal hati kalau sekali pandang dah BLAH diri? Kan HIPOKRIT nama nya. Letak gambar cun, ramai yang melayan - pujian melambung. Sakit sikit, semua dah concern, mengadu takde kredit - ramai berebut nak TOP UP kan, update " Saya dah gemuk ah " - ramai komen, TAKPE.. AWAK GEMUK AWAK COMEL ape!
So, memang betul kan.. RUPA PARAS sandaran untuk jatuh cinta! Jangan nak tipooooooooooooooo ;)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tu sis.. zaman dulu boleh la ckp semuanya terletak di hati tp bdk2 zaman sekarang ni melihat paras rupa dulu then baru lihat keikhlasan hati.. so sad but true kan...
ReplyDeleteindeed sis, sad but true :(
Delete