We must learn to accept something with Redha.
: Ada yang inbox fb setelah tahu saya ni penulis lirik, alkisahnya ada yang mengadu kisah cinta yang putus di tengah jalan ( kot boleh dijadikan ilham lirik baru akan datang, kata nya ), ada yang meminta untuk membuat ayat memujuk kekasih untuk kembali bersama dan memikat mereka yang keras hati sebab pernah gagal bercinta dahulu kala. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita kalian yang sedikit-sebanyak saya jadikan #teladan ( life lesson ) untuk pengalaman hidup saya.
Sebagai insan yang pernah merasa dicintai, bercinta dan bermatian cuba mempertahankan hubungan yang lalu, saya memahami penderitaan anda. Siapa yang tidak rasa kecewa, sedih, stress, binggung, tiada arah dan memendam rasa dalam jiwa. Jangan menyimpan dendam dengan pasangan anda kerana tak ada seoran gpun yang Tuhan kirimkan dalam hidup kita, yang datang dengan sia-sia. Semua pasti meninggalkan kebaikan tersendiri.. Yang hilang, boleh dicari. Yang berlalu, biarkan ia pergi. Yang lampau, tak dapat diulangi. Yang penting, hari ini kita hargai. Jangan bazirkan air mata kerana #cinta terlalu lama, entah-entah bekas anda di sana hidup bahagia dengan yang #baru, dan anda gundah gulana untuk apa? Bak kata pepatah, barang yang lama usah dikenang. Jangan hidup dalam kenangan, sebab kadang – kadang kita akan lemah dengan permainan emosi.
Yang inbox ramai jejaka melayu ; sebagai seorang yang bukan islam, jujur saya kata kan, " ISLAM ITU INDAH - jika kita ikhlas mendalami ". Bila kecewa, back to basic - ingat ALLAH ( Izin kan saya guna perkataan #ALLAH, because i dont want to use he either HIM ) Bykkan solat2 sunat malam, terutamanya solat taubat, hajat dan tahajjud : baca quran, sesungguhnya quran byk menenangkan ketika sedih & berzikir..Jika tiba-tiba teringat kisah sedih tu, bykkan istighfar. ( Yang saya tahu sedikit-sebanyak )
Benar. kita hidup bukan sekadar kerana untuk mencintai sesama manusia, ada lagi matlamat yg lebih besar. Iaitu mencintai dan dicintai oleh #TUHAN ( untuk apa jua agama sekali pun )
Keep calm. be strong. GOD will love you no matter what
Sometime, when we can get through our sadness, it would become a memory that colored our life and might become the inspiration to other people. So, try to solve our heart’s problem and keep praying. only Him can change what He has created. Godwilling ~ ^.^
- ell -
"Jika hadirnya seseorang itu hanya utk menghadiahkan airmata kepadamu, sebenarnya waktu itulah TUHAN sedang mendidikmu supaya sabar & redha"

No comments:
Post a Comment