Menurut Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, peningkatan suhu secara drastik dalam masa singkat itu menyebabkan suhu dalaman badan bayi atau kanak-kanak meningkat sehingga 41 darjah Celcius berbanding suhu normal pada 37 darjah.
"Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku yang seterusnya berlaku kekurangan air di dalam badan, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ di dalam badan dan seterusnya kematian. Ini dikenali sebagai ''heat stroke'' (strok haba), kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) akibat kekurangan udara kerana tingkap ditutup rapat,"
- kanak-kanak lebih cepat menerima kesan berbanding orang dewasa kerana saiz tubuh yang kecil.
- Jumlah cecair di dalam badan manusia berkadar dengan berat badan kita. Berat badan kanak-kanak jauh lebih sedikit, jadi suhu lebih cepat naik kerana jumlah air yang sedikit. Air diperlukan untuk ''regulate'' suhu badan manusia
Jadi kan iktibar kes kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta dengan tingkap tidak dibuka, hawa dingin dibuka. Jangan kita sebagai ibu bapa, ahli keluarga lalai.

No comments:
Post a Comment