Saturday, 13 July 2013

Comeback please!! ^^

: Bila tengok Muzik Muzik Tv3 rindu sungguh mahu melihat nama-nama penulis lirik yang dahulu aktif. Nama-nama besar yang menjadi idola saya seperti mama juwie, fedtri yahya, ad samad, mabel lee, nur fatima, shah shamsiri - yang mana telah saya jumpa dan kenal, serta yang kini masih GAH habsah hassan, arwah loloq, lukhman s, s amin shahab, hairul anuar harun, keon, asmin mudim, hani m.j, amran omar, aiman dan yang lain. Sekarang, penyanyi pun jadi penulis lirik, komposer, yang band pun banyak buat lirik dan buat lagu untuk group mereka sendiri. Penulisan mama juwie memang saya selalu nanti, banyak lagu-lagu beliau yang menjadi malar segar. Terakhir saya tanya mama, bila mama mahu muncul. Kata mama kepada saya, saya nak tunggu melodi macam lagu izin ku pergi, baru saya come back! Berada bersama penulis-penulis ini membuatkan saya secure, fun kerana kami punya minat yang sama - hanya penulis sahaja yang faham apa yang difikirkan oleh rakan penulis ( kata shah shamsiri kepada saya dulu ). Setiap penulis lirik yang telah saya kenal punya identiti tsendiri, sebab itu mereka ada PENGENALAN diri pada setiap lagu, kalau sama je gaya memang KLISE. Saya tidak menyesal memilih karier sebagai penulis, walau dulu ada pilihan untuk menjadi guru, but my soul is not there, i love writing most than teaching. Peluang untuk bekerjasama dengan komposer ternama memang selalu ada, cuma kadangkala kami terikat dengan syarikat masing-masing, itu yang menjadi halangan. But im blessed and wanting more of my writing. Ayuh lah rakan-rakan penulis senior ku semua, please do a comeback - its about time to show us face in the front COVER.

No comments:

Post a Comment