Thursday, 18 July 2013
AIDS & Transexual
layan dokumentari berkenaan pesakit AIDS dan transexual di malaysia. Masy yang cetek ilmu akan segera menyisih ; yang TS nak bekerja tetapi selalu ditolak, tidak diberi peluang. Golongan ini perlu duit kerana ada mereka yang menyara keluarga, adik-beradik yang masuk kolej atau masih bersekolah. Keluarga boleh menerima, tetapi masy luar memandang hina. Nak berkhutbah lebih pun, kalau satu SUARA memberi pandangan dari sudut positive dan selebihnya banyak tidak mahu memahami, pun susah juga.
Pesakit AIDS pun sama ; jangan mudah memandang mereka keji. Tidak semua pesakit aids itu mendapat penyakit dari diri dia sendiri - perbuatan yang disengajakan, tetapi secara tidak sengaja ( faktor luar ) - Jadi janganlah mudah untuk kita memandang rendah mereka bagai kan mereka ini sampah. THEY NEED HELP! So, dont judge.
Saya seorang yang berfikiran terbuka, saya tidak kata kan betul menjadi transexual dan betul untuk mendapat penyakit AIDS, tetapi saya jenis yang RESPECTS setiap peribadi hidup orang, saya hormati SEBAB, MENGAPA dan BAGAIMANA sesuatu itu terjadi. Saya tidak BLOCK otak saya untuk tidak mahu menerima sesuatu tanpa cuba berada di tempat orang itu. I am OPTIMISTIC.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment