“When you judge others, you do not define them, you define yourself”
- Saya selalu dihakimi menerusi carian " google " kerana status pekerjaan saya sebagai seorang penulis lirik merangkap selebriti. Saya sama sekali tidak menjangkakan yang hidup saya menjadi begini, maksud saya adalah dikenali oleh segelintir orang disebabkan karier penulisan saya. Niat saya menceburi bidang seni adalah kerana minat, bakat dan saya ingin berkongsi pengalaman, emosi dan juga apa yang berlaku disekeliling dan abadikan cerita serta peristiwa itu dalam bentuk lirik lagu, biar semua orang dengar dan tahu isi hati saya, isi hati mereka dan isi hati orang lain. Biar kita sama faham walau tidak faham ; itu yang saya cuba sampai kan menerusi penulisan saya.
Orang luar yang tidak duduk dengan saya, berkawan dengan saya malah tinggal serumah dengan saya, akan mudah menghakimi saya siapa. Macam yang diperkatakan mereka di laman sosial sehingga menarik keterbatasan saya untuk memulakan persahabatan saya dengan orang lain. Mereka akan berfikir sekali tanpa dua apabila membaca apa yang tertulis di google, gossip, cerita negatif, khabar angin, people tend to believe rather than asking myself, cerita itu betul atau tidak? Saya seorang yang pendiam, jarang bersosial kerana saya adalah mangsa penderaan fizikal dan mental oleh kenalan keluarga untuk beberapa tahun ; saya fobia dengan orang, saya fobia dengan dunia luar hingga saya menjadikan diri saya adalah kawan saya dan saya tidak percaya pada orang ; saya sukar untuk membina persahabatan. Namun hakikatnya, hidup manusia tidak boleh sunyi dan perlu kan persahabatan, kasih serta sayang dan cinta, begitu juga saya. Jadi saya secara perlahan mengubah pendirian saya untuk bersikap lebih terbuka dan menerima pertalian persahabatan dan mula bersosial dalam masyarakat, sekaligus membina kemahiran komunikasi saya.
- Syukur kerana saya menjadi penulis lirik, perlu ke sana dan ke mari dalam mana-mana majlis, saya perlu untuk " menjual JENAMA " saya ( nama pena ) untuk mendapatkan banyak peluang menulis. Jadi saya abai kan kisah silam saya yang menghantui saya untuk ke depan.
Tapi masih lagi yang mengutuk saya, mengata saya tanpa kenal sejarah hidup saya ; setiap apa yang berlaku bersebab dan ada sebab, tak kan saya nak buat sidang media untuk beritahu kisah hidup saya. Fahami petikan di bawah ;
“We can never judge the lives of others, because each person knows only their own pain and renunciation.”
Awak tidak berada di tempat saya, kisah hidup saya, rahsia saya.. jadi jangan sesuka hati menulis tanpa tahu KISAH SEBENAR

This is very true. It's always the people who know us the least will judge us the most.
ReplyDeleteindeed doll...
ReplyDelete