"Bagi Nurul semua ini satu peralihan angin dan pembaharuan yang Nurul
perlu lakukan. Kali ini Nurul menggunakan khidmat komposer
seperti Sharon Paul, Tam Spider dan M Nasir.
Nurul turut bekerjasama dengan penulis lirik seperti Abie Abdullah menerusi
Kala Hati, Ahmad Fedtri Yahya
(Sepenuh Jiwa), Sulu Sarawak
(Tertutup Hati), Johar dan Johor Lucas
(Jadikan Aku Bintang) : sumber MURAI.COM on nurul's new album
Album Baru Diharap Dapat Naikkan Nama Nurul Wahab
Mendapat kerjasama daripada Andi Merican, Nadia Aquila dan Don Mukri,
Nurul berkata, komposer muda itu berjaya menghasilkan lagu yang
dikehendakinya.
“Walaupun tidak menulis lirik lagu-lagu dalam album itu nanti tetapi
penulis seperti Shah Shamsiri, Eenaz Mokhtar dan Sulu Sarawak telah
berjaya menghasilkan karya yang sesuai dengan perjalanan hidup saya
seperti mana dimahukan,” ujarnya.
Ketty hapus dendam terhadap Ziana Zain ( utusan malaysia )
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN
Gagal sekali tidak bermakna menyerah kalah terhadap apa yang telah berlaku ke atas dirinya.
Perkenalan dengan seorang komposer yang dikenali sebagai Fazo
akhirnya memberi sinar kepada Ketty apabila lelaki itu menawarkannya
peluang untuk merakamkan
single pertamanya.
Maka, terbit sebuah lagu berjudul
Inspirasi hasil komposisi Fazo bersama penulis lirik Sulu Sarawak.
Bagi Ketty, lagu tersebut begitu dekat dengan jiwanya kerana
keseluruhan bait lirik yang terdapat dalam lagu bergenre rock alternatif
itu adalah rangkuman pengalaman hidupnya.
Ujar Ketty, walaupun lagu tersebut bukan hasil kreativitinya sendiri,
namun ia ibarat luahan hatinya sebagai seorang yang pernah gagal
sebelum ini.
"Bukan saya sahaja, malah lagu-lagu ini mewakili setiap individu yang pernah gagal sebelum ini.
"Ia sebuah lagu yang sarat dengan mesej dan kata-kata perangsang. Sekali gagal bukan bermakna gagal selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment