Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Sulu Sarawak
Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Ulang korus)
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi
Kenangan silam saya terbongkar satu persatu lalu berterbangan di daerah minda tatkala lagu ini berkumandang. Lagu ini boleh mengeluarkan segala memori yang lama bersarang. Sejarah kita mengecewakan manusia-manusia yang kepingin menggamit cinta dan sejarah di mana kita dikecewakan oleh insan yang tidak mahu berkongsi kasih dengan kita… Semua itu berputar-putar bagaikan satu gelombang ombak yang memukul pantai. Betapa berbisanya lagu ini… by budiey
2.HIBURAN sumber mstar online
Jumaat November 16, 2007
"Izinku Pergi" bertanding tanpa Kaer
LAGU "Izinku Pergi" lebih sinonim dengan nama Wan Mohammad Khair Wan Azami atau Kaer melalui album pertamanya, "Menjelma" yang mula dipasarkan sejak Februari lalu.
Sudah tuah lagu ciptaan Komposer Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak ini, pertandingan Muzik Muzik Separuh Akhir mencalonkan lagu yang dipopularkan oleh Kaer ini untuk bersaing dengan sembilan buah lagu lain iaitu "Bisakah" (Datin Seri Siti Nurhaliza), "Harapan" dan "Sejuta Nafas Cinta" (Fazli Zainal) dan "Andainya" (Nieyl).
Selain itu yang turut bertanding adalah "Mahakarya Cinta" dan "Kasih Tercipta" (Faizal Tahir), "Hilang" (Diddy), "Paluan Rindumu" (Idayu) dan "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor dan Rio Febrian).
"Saya mendapatkan Cikgu Siti Hajar untuk berlatih vokal lagu "Izinku Pergi". Kali ini saya mahu buat yang terbaik sebab dulu sibuk sangat sehingga tak sempat membuat persediaan dan latihan lagu "Memori Bahagia".
"Lagipun saya menyanyikan lagu orang lain dan dalam masa yang sama menggalas harapan Kaer, Azlan, Sulu Sarawak dan peminat lagu ini.
3. Teringat pula kisah tentang lagu Izinku Pergi nyanyian Kaer. Lagu tu pun pernah melalui perkara yang sama sehinggalah Kaer merakamkannya. Tuah lagu tak siapa yang tahu : sumber RENTAK ARTIS
4. Sudah rezeki Azlan Abu Hassan dan Sulu Sarawak selaku komposer dan penulis liriknya, biarpun di tangan penyanyi gantian, Sahri, kelunakan melodi Izinku Pergi tetap menawan hati pihak juri untuk bertakhta sebagai Juara Kategori Balada.
Menerusi Izinku Pergi, Azlan turut mengulangi kejayaan Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor yang diangkat sebagai Juara Kategori Balada pada AJL21.
"Ini satu bonus kerana berada di final bermakna nama saya masih disebut sebagai komposer yang bertanding. Saya tahu ramai mempersoalkan kemunculan Sahri mewakili Kaer.
"Vokal Sahri ada keunikan tersendiri dan kami banyak berusaha untuk persembahan pada AJL. Mungkin ini salah-satu sebab kenapa Kaer sendiri yang memberi tanggungjawab ini kepada Sahri. Melodi Izinku Pergi simple tapi sebenarnya lagu ini sukar untuk persembahkan secara langsung," jelas Azlan.
Dipuji jika berjaya dan dipersalahkan jika gagal. Mengenangkan risiko itu, Shahri tahu tanggungjawabnya cukup besar.
"Menyampaikan lagu orang lain sebenarnya lebih sukar," akui Sahri yang melunaskan tugas penuh jaya apabila Izinku Pergi berjaya memikat hati juri SUMBER KOSMO
No comments:
Post a Comment