ARKIB : 10/01/2008 SUMBER : Utusan Malaysia untuk ruangan HIBURAN
Izinku Pergi lirik pertama Sulu
PENULIS lirik Izinku Pergi, Sulu Sarawak 25, menyatakan rasa syukurnya kerana lagu tersebut ke peringkat akhir AJL22.Melangkah ke peringkat akhir pun sudah memadai dan setidaknya, orang nampak bakat saya yang masih hijau dalam bidang penulisan lirik ini. Apatah lagi, lirik Izinku Pergi adalah lirik pertama nukilan saya.
Ilhamnya datang selepas saya menerima melodi dari Azlan dan inspirasi liriknya saya ambil dari kisah seorang lelaki yang bertemu kasih baru setelah kematian isteri tercinta, kata anak kelahiran Sarawak itu.
Selain Izinku Pergi, lirik lain yang ditulisnya adalah Cinta Tiada Akhirnya (Jaclyn Victor) dan Nyala (Aliff Aziz). Ketiga-tiga lagu tersebut merupakan gandingannya bersama Azlan Abu Hassan.
Mendengarkan ketiga-tiga lagu tersebut, dapat disimpulkan gandingannya bersama Azlan dilihat begitu menjadi selepas gandingan Azlan bersama Azalea dan Ucu.
Saya berterima kasih kepada Azlan yang banyak memberi peluang kepada saya dan saya tidak akan melupakan jasanya. Sebelum ini, memang banyak lirik yang saya hantar kepada komposer lain tetapi malangnya tiada jawapan, jelasnya yang teringin menyumbangkan liriknya buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Apa yang diharapkannya, semoga lagu Izinku Pergi mendapat tempat di hati juri yang mencintai dan menghargai muzik yang berkualiti pada malam AJL 22 kelak.
No comments:
Post a Comment