Thursday, 31 January 2013

SELALU ADA aiman sidek feat heliza af

lirik oleh sulu sarawak
komposer : Hafiz Hamidun
SELALU ADA^^

(Aiman)
Dari dulu,
tanpa jemu hanya satu,
dalam rindu..

(Heliza)
Hari-hari kumenanti,
dengan erti mengasihi..

(Aiman)
henur waktu yang berliku,
masih mahu bersamamu..

(Heliza)
Memahami,mengenali,
tiada lagi menyendiri…

c/o(Aiman / Heliza)
Kau selalu ada, tika gelisah,
kau beri senyuman, bila kuresah,
kau janji setia, setiap kisah,
hingga berjauhan, tetap di wajah..

Dan..terindah

(Aiman)
Seringkali takkan pergi,
silih ganti,teman ini

(Heliza)
Mula temu,malu mahu..
musim lalu,kita pilu

(Aiman)
Percayai tak mungkiri..
demi suci tulus hati..

(Heliza)
Sinar bayu, menyisir sayu..
kepadamu,dariku..

ulang c/o

Terima apa saja bezanya semua kita..
kebenaran kejujuran…

ulang c/o(2x)

Kau selalu ada
selalu ada..woo..ada kita

writing job ^^ Karya ku ^^





 "I Dont Want Your Love"
Singer : Ridah Malanjang
Feat : Mimi One Nation Emcees

Song by : Andi A Merican [ Mogul Records ]
Lyrics by : Richado Tawith, Sulu Sarawak, Andi A Merican
Rap written by : Mimi ONE



Sedetik cinta : Lagu runut filem O.M.K

lakonan syamsul yusuf

Tajuk : Sedetik Cinta
Composer : Qahar
  Penulis lirik : Sulu Sarawak ( BJ )   
Verse 1
Hati ku
Sejenak luluh pilu
Rindu
Terbalut dalam syahdu
Dan kau
Kalung kan cinta mu
Atas nama pasrah ku

Verse 2
Berlalu
Di saat ku perlu mu
Yang kau
Telah membuang segala ku
Sendu
Tak erti jemu
Air mata bertamu

Chorus :
Seumpama
Mimpi ku suram cahaya
Sehitam langit hanya
Sungguh terkilan ku rasa

Bagai lara
Mendung memurung asmara
Berulang menoreh luka
Bayang mesra penuh duka

bridge :
Mengapa dari dulu
Aku
Kau janji dengan bahagia mu
Engkau
Kebenaran ku
Tulus ikhlas pada mu

Ulang chorus hingga akhir :
Seumpama
Mimpi ku suram cahaya
Sehitam langit hanya
Sungguh terkilan ku rasa

Bagai lara
Mendung memurung asmara
Berulang menoreh luka
Bayang mesra penuh duka


journey of sulu sarawak lyrics ^^

Beliau turut aktif dalam kegiatan kesenian dengan mula berjinak-jinak menceburi bidang seni suara dengan lagu sulung beliau berjudul `Andai Itu Takdir Mu’ ciptaan Omar K dan Zain-Almohdzar serta lirik oleh Sulu Sarawak dipilih sebagai antara runut bunyi (OST) untuk drama Asmara terbitan TV3 (Slot Lestary) sumber BERITA HARIAN on Personaliti: Cita-cita Tunku Shahrul Anuar

album Aiman:

1) Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Fedtri Yahya)
2) Cinta Terakhir (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun)
3) Selalu Ada / duet bersama Heliza (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak)
4) Pergi Saat Indah (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak)
5) Menanti Solehah (Hafiz Hamidun/Fedtri Yahya)
6) Hanya Kepalsuan (Hafiz Hamidun/Ad Samad)
7) Teman Biasa (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak)
8) Kisah Insan (Hafiz Hamidun/Ad Samad)
 
 
 
tajuk murai : LAGU BARU NURUL TANGKAP LELEH
Pasti tangkap leleh punya, biarpun pertama kali mendengarnya. Manakan tidak, salah satu lagu berirama balada ciptaan Andi Merican dan lirik oleh Sulu Sarawak ternyata cukup istimewa.
Malah kata Nurul Wahab, lagu mendayu itu sangat sesuai untuk ditujukan kepada pasangan sedang bercinta atau lagu tema bagi sebuah resepsi perkahwinan mana-mana pasangan merpati dua sejoli.

news on writing lyrics of sulu sarawak

"Bagi Nurul semua ini satu peralihan angin dan pembaharuan yang Nurul perlu lakukan. Kali ini Nurul menggunakan khidmat komposer seperti Sharon Paul, Tam Spider dan M Nasir.

Nurul turut bekerjasama dengan penulis lirik seperti Abie Abdullah menerusi Kala Hati, Ahmad Fedtri Yahya (Sepenuh Jiwa), Sulu Sarawak (Tertutup Hati), Johar dan Johor Lucas (Jadikan Aku Bintang) : sumber MURAI.COM on nurul's new album



Album Baru Diharap Dapat Naikkan Nama Nurul Wahab

Mendapat kerjasama daripada Andi Merican, Nadia Aquila dan Don Mukri, Nurul berkata, komposer muda itu berjaya menghasilkan lagu yang dikehendakinya.
“Walaupun tidak menulis lirik lagu-lagu dalam album itu nanti tetapi penulis seperti Shah Shamsiri, Eenaz Mokhtar dan Sulu Sarawak telah berjaya menghasilkan karya yang sesuai dengan perjalanan hidup saya seperti mana dimahukan,” ujarnya.



Ketty hapus dendam terhadap Ziana Zain ( utusan malaysia )


Gagal sekali tidak bermakna menyerah kalah terhadap apa yang telah berlaku ke atas dirinya.
Perkenalan dengan seorang komposer yang dikenali sebagai Fazo akhirnya memberi sinar kepada Ketty apabila lelaki itu menawarkannya peluang untuk merakamkan single pertamanya.
Maka, terbit sebuah lagu berjudul Inspirasi hasil komposisi Fazo bersama penulis lirik Sulu Sarawak.
Bagi Ketty, lagu tersebut begitu dekat dengan jiwanya kerana keseluruhan bait lirik yang terdapat dalam lagu bergenre rock alternatif itu adalah rangkuman pengalaman hidupnya.
Ujar Ketty, walaupun lagu tersebut bukan hasil kreativitinya sendiri, namun ia ibarat luahan hatinya sebagai seorang yang pernah gagal sebelum ini.
"Bukan saya sahaja, malah lagu-lagu ini mewakili setiap individu yang pernah gagal sebelum ini.
"Ia sebuah lagu yang sarat dengan mesej dan kata-kata perangsang. Sekali gagal bukan bermakna gagal selama-lamanya.

news on #izinkupergi

Izin ku pergi  ( KAER AZAMI )

Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Sulu Sarawak

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Ulang korus)
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi


1. Sudah lama tidak mendengar suara Kaer berkumandang di radio dan di TV.  Kini, Kaer telah kembali dengan single terbarunya yang berjudul Izinkan Aku Pergi. Hehehe… jangan salah sangka, ini bukan lagu Broery Marantika ya! Bunyinya mungkin agak sama dengan bait lirik lagu Broery Marantika. Irama berlainan namun pemahaman saya tentang bait lirik ini begitu syahdu dan menyentuh perasaan.
    Kenangan silam saya terbongkar satu persatu lalu berterbangan di daerah minda tatkala lagu ini berkumandang. Lagu ini boleh mengeluarkan segala memori yang lama bersarang. Sejarah kita mengecewakan manusia-manusia yang kepingin menggamit cinta dan sejarah di mana kita dikecewakan oleh insan yang tidak mahu berkongsi kasih dengan kita… Semua itu berputar-putar bagaikan satu gelombang ombak yang memukul pantai. Betapa berbisanya lagu ini… by budiey


2.HIBURAN sumber mstar online

"Izinku Pergi" bertanding tanpa Kaer

LAGU "Izinku Pergi" lebih sinonim dengan nama Wan Mohammad Khair Wan Azami atau Kaer melalui album pertamanya, "Menjelma" yang mula dipasarkan sejak Februari lalu.
Sudah tuah lagu ciptaan Komposer Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak ini, pertandingan Muzik Muzik Separuh Akhir mencalonkan lagu yang dipopularkan oleh Kaer ini untuk bersaing dengan sembilan buah lagu lain iaitu "Bisakah" (Datin Seri Siti Nurhaliza), "Harapan" dan "Sejuta Nafas Cinta" (Fazli Zainal) dan "Andainya" (Nieyl).
Selain itu yang turut bertanding adalah "Mahakarya Cinta" dan "Kasih Tercipta" (Faizal Tahir), "Hilang" (Diddy), "Paluan Rindumu" (Idayu) dan "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor dan Rio Febrian).
"Saya mendapatkan Cikgu Siti Hajar untuk berlatih vokal lagu "Izinku Pergi". Kali ini saya mahu buat yang terbaik sebab dulu sibuk sangat sehingga tak sempat membuat persediaan dan latihan lagu "Memori Bahagia".
"Lagipun saya menyanyikan lagu orang lain dan dalam masa yang sama menggalas harapan Kaer, Azlan, Sulu Sarawak dan peminat lagu ini.

 3. Teringat pula kisah tentang lagu Izinku Pergi nyanyian Kaer. Lagu tu pun pernah melalui perkara yang  sama sehinggalah Kaer merakamkannya. Tuah lagu tak siapa yang tahu : sumber RENTAK ARTIS


 4. Sudah rezeki Azlan Abu Hassan dan Sulu Sarawak selaku komposer dan penulis liriknya, biarpun di tangan penyanyi gantian, Sahri, kelunakan melodi Izinku Pergi tetap menawan hati pihak juri untuk bertakhta sebagai Juara Kategori Balada.
Menerusi Izinku Pergi, Azlan turut mengulangi kejayaan Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor yang diangkat sebagai Juara Kategori Balada pada AJL21.
"Ini satu bonus kerana berada di final bermakna nama saya masih disebut sebagai komposer yang bertanding. Saya tahu ramai mempersoalkan kemunculan Sahri mewakili Kaer.
"Vokal Sahri ada keunikan tersendiri dan kami banyak berusaha untuk persembahan pada AJL. Mungkin ini salah-satu sebab kenapa Kaer sendiri yang memberi tanggungjawab ini kepada Sahri. Melodi Izinku Pergi simple tapi sebenarnya lagu ini sukar untuk persembahkan secara langsung," jelas Azlan.
Dipuji jika berjaya dan dipersalahkan jika gagal. Mengenangkan risiko itu, Shahri tahu tanggungjawabnya cukup besar.
"Menyampaikan lagu orang lain sebenarnya lebih sukar," akui Sahri yang melunaskan tugas penuh jaya apabila Izinku Pergi berjaya memikat hati juri SUMBER KOSMO



news on JIKA ENGKAU PERGI #sulusarawak

jika Engkau Pergi
Written as Imran's modern-day rebuttal to Jamal Abdillah's "Kekasih Awal Dan Akhir", the song has the biggest sound on the album with chasing strings and showtime drums. It became the theme song to primetime Samarinda slot's 'Yusuff' on TV3 month long in May 2009  and garnered internet fans by the thousands. Award-winning lyricist Sulu Sarawak (Kaer's "Izin Ku Pergi") and Imran managed to pull heartstrings even when the topic discussed in the song is making sure one does not lose out when they lose all. 

Dicipta sebagai sangkal masakini untuk lagu "Kekasih Awal Dan Akhir" nyanyian Jamal Abdillah, lagu ini merupakan yang terbesar dalam album ini dengan bunyi orkestra berkejar-kejar dan dram ala persembahan. Ia dijadikan lagu tema untuk drama 'Yusuff' di slot Samarinda TV3 sepanjang bulan Mac 2009 dan menarik perhatian di alam siber. Penulis lirik, Sulu Sarawak, yang terkenal dengan lagu 'Izin Ku Pergi' dari Kaer berjaya mencipta lagu dengan Imran yang menyentuh perasaan orang ramai. Namun, lagu ini memberi kekuatan kepada seseorang yang telah hilang segalanya dalam cinta.

sumber : hotlink music unlimited ( artist of the month : IMRAN AJMAIN )

Izinku Pergi lirik pertama Sulu


ARKIB : 10/01/2008 SUMBER : Utusan Malaysia untuk ruangan HIBURAN

Izinku Pergi lirik pertama Sulu

PENULIS lirik Izinku Pergi, Sulu Sarawak  25, menyatakan rasa syukurnya kerana lagu tersebut ke peringkat akhir AJL22.
“Melangkah ke peringkat akhir pun sudah memadai dan setidaknya, orang nampak bakat saya yang masih hijau dalam bidang penulisan lirik ini. Apatah lagi, lirik Izinku Pergi adalah lirik pertama nukilan saya.
“Ilhamnya datang selepas saya menerima melodi dari Azlan dan inspirasi liriknya saya ambil dari kisah seorang lelaki yang bertemu kasih baru setelah kematian isteri tercinta,” kata anak kelahiran Sarawak itu.
Selain Izinku Pergi, lirik lain yang ditulisnya adalah Cinta Tiada Akhirnya (Jaclyn Victor) dan Nyala (Aliff Aziz). Ketiga-tiga lagu tersebut merupakan gandingannya bersama Azlan Abu Hassan.
Mendengarkan ketiga-tiga lagu tersebut, dapat disimpulkan gandingannya bersama Azlan dilihat begitu menjadi selepas gandingan Azlan bersama Azalea dan Ucu.
“Saya berterima kasih kepada Azlan yang banyak memberi peluang kepada saya dan saya tidak akan melupakan jasanya. Sebelum ini, memang banyak lirik yang saya hantar kepada komposer lain tetapi malangnya tiada jawapan,” jelasnya yang teringin menyumbangkan liriknya buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Apa yang diharapkannya, semoga lagu Izinku Pergi mendapat tempat di hati juri yang mencintai dan menghargai muzik yang berkualiti pada malam AJL 22 kelak.

Monday, 28 January 2013

Majalah Al-ISLAM

#newonSULUSARAWAK

ditemuramah oleh " Mama Juwie "

Kau erti HIDUP ku

 komposer : Azlan Abu Hassan
Lirik : Sulu Sarawak ( BJ )
Artis : Shanel Shanty James


1st para
Redup wajah mu, mengusapi tangis ku
menzahir rindu, ku kenangi selalu
kau hadir harumi hari ku
sempurna mu,
 di hati ku

Chorus :
 Setiap nadi ku
 Ku sujud atas kasih mu itu
 kau beri erti hidup ku
 seluruh raga mu

Setiap nafas ku
kau suluhkan sinar petunjuk mu
dalam kesedihan bersama ku
hingga akhir waktu



Para2
Kau istimewa,  kau senyuman pada ku
ku menyayang mu, dan ku ingin kau tahu
yang terbaik untuk diri ku
hanya kamu
kau yang satu



Bridge :
Kau ada saat ku perlu mu
dampingi ku selama mu

Cinta Nurul


komposer : Andi A merican
lirik : sulu sarawak ( bj )
artiis : Nurul wahab depp

Verse 1
Di dalam senyuman
Sungguh pun terkilan
Terbilang tangisan ku bertahan
Kehilangan Terima penjelasan
Mungkin ketentuan

Chorus :
Cinta bukan halangan
Cinta punya harapan Tanpa beralasan Kau kehidupan
Cinta kepercayaan Tiada akhiran
Cinta keyakinan Ku lafaz kan Engkau lah sinaran

Verse 2
Malam bintang bertautan
Siang kasih mu berteman
Kehadiran menguntum belaian
Setiap nafas ku temu kan
Enggan ragu nya perasaan
Hanya diri mu bayangan Keindahan

Bridge
Kau erti satu kepastian
Dan ku mengungkapi kebenaran
Kebah-giaan Kau kenyataan

Tertutup Hati

Tertutup hati
lirik : Sulu sarawak ( bj )
komposer ( sharon paul )
artis : NURUL WAHAB DEPP




Berlari mengejar mimpi
Aku mampu sendiri
Biar cuba berulang waktu nanti
Sudah kau duga begini
Tanpa rasa peduli
Benci, apa mungkin ku sesali lagi

Seperti tinggal bayangan pergi
Hilang mentari tertutup hati

c/o

Telah berkali sedari
Dan terjadi, masih mengingkari
Hingga sisa janji menunggu mati
Usah berpaling menyalah diri

Telah berkali sedari
Dan lalui, masih melukai
Jika ini yang kau beri bagai duri
Tak tersimpan erti menyintai

Walau sinaran sesuci
kembali
Meraih penuh kasihi

Bridge

C/o and ending

Telah berkali sedari
Dan terjadi, masih mengingkari
Hingga sisa janji menunggu mati
Usah kembali menyalah diri

Telah berkali sedari
Dan lalui, masih melukai
Jika ini yang kau beri bagai duri
Tak tersimpan erti menyintai














Sunday, 13 January 2013

" Aku Bukan Malaikat "


Terbuai tika membaca AKU BUKAN MALAIKAT ini. Naskah yang mampu membuatkan pembaca menangis, insaf, geram dan sebagainya mengikut watak yang diciptakan. Menghayati karya ini membuatkan kita sedar bahawa Tuhan itu sentiasa Maha Adil.

Sulu Sarawak
Penulis Lirik Lagu ‘Izinkan Ku Pergi’

novel yang menggunakan ulasan saya untuk cover depan novel rudy :)

Thursday, 10 January 2013

Dynda feat nawkhi ( dj ikhwan hotfm )


SUDAH – SUDAH (player)

Bukan mudah untuk bermain kata
Ungkapkan cinta kerana ia berharga
Kau pun tahu itulah prinsipku
Kau pun tahu itulah diriku
Bukan mudah untukku berjanji
Mana mungkin, itu tak pasti
Fahamilah cintaku ini, cinta suci, mungkinkah terjadi
Bila prinsipmu dan aku tidak selari lagi

(C/O)
Sudah – Sudah jangan kau rayu, merayu
Ku dah jemu, biarkan berlalu
Jangan – jangan sudah kau ganggu mengganggu
Berundurmu jauh dariku

Lakon layar kamu itu, konklusiku kau Cuma penipu
Propaganda semanis madu
Kau perlu buka cermin gelapmu, diagnosis symptom pada akalku
Ku bukan gadis kau jerat dulu, buta tuliku





(C/O)
Sudah – Sudah jangan kau rayu, merayu
Ku dah jemu, biarkan berlalu
Jangan – jangan sudah kau ganggu mengganggu
Berundurmu jauh dariku

Dominasi berlaku, menggila rapsodiku,
Tsunamiku bunuh egomu
Kucebikkan bibirku, kasanova tak malu,
Beban galas hidupku

(C/O)
Sudah – Sudah jangan kau rayu, merayu
Ku dah jemu, biarkan berlalu
Jangan – jangan sudah kau ganggu mengganggu
Berundurmu jauh dariku



 (Rap)
Aku bukan pujangga, bukan pemain cinta,
Madah harus waspada dari kau terus menghina
Tsunamimu menggila, buat aku tergila
Dengarlah  kata dulu ku satu dalam sejuta
Lihatlah ke dalam dirimu, dengan mata hati,
Kerana kau lebih yakin dengan imaginasi, halusinasi,
Yang belum pasti, fitnah dan dengki, itu yang kau fahami

(Rap female)
Hey Nawkhi, bukan halusinasi
Tapi realiti tentang soal hati pernah kau mengerti
Hey Nawkhi, sejak dulu lagi, aku rasa sangsi
Kiniku pasti kau gengsi
Renni, Reella, Elly, siapa lagi?
Sudah ku kata berkali – kali tiada lagi
Tiada lagi kepercayaan yang akan ku bagi
Sudah – Sudah, apa lagi? Oh please

Composer : Andi A. Merican
Lyricist: Sulu Sarawak / Shahabart /  Andi A. Merican



Saturday, 5 January 2013

" Precious : Sulu SarawaK ( BJ ) "










Cinta Tiada Akhirnya



artis : Jaclyn Victor
komposer : Azlan Abu HassaN
penulis lirik : Sulu Sarawak ( BJ )

v1
Kuyakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri disini menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui aku kekasihmu

chorus
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita
Selama… ditaman cinta

v2
Cinta tiada akhirnya
Membara kekal kesyurgaMu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya
Percayalah…..

chorus
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna janji setia
Kita .. selamanya

bridge, chorus & ending
Kasih antara kita
Tercipta abadinya
Tak mungkin memisahkan aku dan dia
Ukir namaku dalam cintamu selamanya
Biar semarakkan kasih mu… selalu
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah bintang berwarna berjanji setia
Kita selamanya ..
Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah bintang berwarna berjanji setia
Kita selamanya .. ditaman cinta


pencapaian : Menjadi lagu tema drama bersiri popular tv3 " EMIL EMILDA " di samping drama-drama yang lain di tv.

Izinku Pergi - Mampukah mencuri hati juri?


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
SETIAP kali sesebuah lagu muncul sebagai lagu popular, lazimnya peminat hanya
memberikan pujian kepada si penyanyinya sahaja.
Walhal lagu yang baik tidak hanya terletak pada kelunakan suara penyanyinya
sahaja tetapi juga pada keindahan lirik dan melodinya.
Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah lagu popular. Pelbagai
rintangan dan halangan perlu ditempuhi.
Itulah yang berlaku pada lagu Izinku Pergi dendangan Kaer Azami yang
merupakan salah satu lagu paling popular sepanjang tahun 2007. Lagu itu dicipta
oleh Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak.
Lagu itu berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-22
(AJL22) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 27 Januari
nanti.
Azlan sendiri sebenarnya tidak menyangka lagu itu akan berjaya mencuri
perhatian pendengar setelah pelbagai cabaran dilaluinya bagi merealisasikan lagu
berhantu itu.
“Sebelum Izinku Pergi menjadi milik Kaer, ia telah melalui proses
‘perpindahan’ dari satu artis ke satu artis. Bermula dengan seorang artis yang
menjuarai sebuah pertandingan realiti, lagu itu kemudian ‘berpindah’ kepada
seorang penyanyi lelaki popular.
“Memang ketika lagu Izinku Pergi saya buat, saya bayangkan penyanyi lelaki
popular itu yang akan menyanyikannya. Tapi nampaknya, ia bukan rezekinya.
“Ia menjadi milik Kaer apabila saya mencipta lagu Dalam Kenangan untuk album
sulung Kaer. Dia meminta sebuah lagi lagu berentak balada dan saya memberikan
demo Izinku Pergi kepadanya. Tanpa berfikir panjang, keesokannya dia menelefon
saya dan mahu merakamkan lagu tersebut,” jelas jejaka berusia 37 tahun ini.
Bercerita tentang inspirasi mencipta lagu Izinku Pergi, adik kepada komposer
tersohor Adnan Abu Hassan ini memberitahu, dia mendapat inspirasi selepas
mendengar album Josh Groban.
“Namun itu bukan bermakna saya menciplak lagu itu malah soal tersebut tidak
timbul. Cuma, kadang-kala sebagai komposer, kami perlu mendapat inspirasi dari
sesuatu untuk lagu yang bakal dicipta.
“Begitu juga dengan lagu Menyemai Cinta Bersamamu nyanyian Nora yang ilhamnya
datang selepas saya mendengar salah sebuah lagu Mariah Carey,” jelasnya yang
menjuarai AJL 21 pada tahun lalu menerusi lagu Terlalu Istimewa dendangan Adibah
Noor.
Azlan yang turut memiliki studio sendiri iaitu Grooveworks Studio itu enggan
memberikan sebarang komen berhubung Sahri yang akan menggantikan Kaer
mempersembahkan Izinku Pergi pada malam AJL 22 nanti memandangkan Kaer kini
sedang menuntut di Jakarta, Indonesia.
“Itu hak Kaer untuk memilih sesiapa sahaja menggantikannya. Sahri pun tidak
kurang hebatnya dan memiliki vokal yang tersendiri. Malah, seminggu sebelum
separuh akhir dulu, dia datang ke studio dan membuat latihan bersama saya,”
ujarnya lagi.
Ditanya apakah harapannya pada malam AJL 22 nanti, Azlan memberitahu, dia
tidak meletakkan sebarang harapan kerana baginya jika lagu itu berjaya melangkah
ke peringkat akhir, itu sudah memadai dan menunjukkan lagunya diterima.
“Bagi saya, Izinku Pergi sebuah lagu yang istimewa kerana liriknya ditulis
oleh seorang yang begitu baru dalam dunia penulisan lirik. Menariknya, saat saya
menerima liriknya daripada Sulu Sarawak, ia begitu padan sekali dengan melodi
yang saya buat tanpa perlu ubah sedikit pun,” katanya.
Izinku Pergi akan berentap dengan empat buah lagu hebat lain bagi kategori
balada iaitu Ceritera Cinta nyanyian bersama Jaclyn Victor dan Lah Ahmad,
Harapan (Fazli Zainal) serta Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta (Faizal
Tahir).

Teman Biasa


Teman Biasa ( Hafiz Hamidun/sulu sarawak )

Teman Biasa

Berdebar saat mula bersua
Kaku menahan kata terpesona
Dan malu segala bicara jiwa
Hingga angan terlena bila jumpa
Walau sepandang mata

Chorus :

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji ku

La la la la la la la

Sang bayu menyentuh renungan
Rupanya bayangan
Mainan perasaan berpanjangan

kehadiran bagi nya cuma
Ku teman biasa
Akur menerima

Chorus 2:

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji Ku


Melangkah momen ke momen
Mencari penjelasan
Sudah ku temui kenyataan
Tidak mudahnya berharapan

La la la la la la

Teman biasa

Gerimis di HATI




Ada ruang yang sepi
Resah merawan mimpi
Bermusim kelam sinar dihatiku
Ohh…..

Sedar dari lenaku
Bangkit asa yang baru
Seteguh bara sinar dihatiku
Ohh….

Ada gerimis di hatiku



Lagu: Sulaiman Abdul Wahab ( Singapura )
Lirik: Nizam Rahman ( Singapura ) / Sulu Sarawak ( Malaysia )

pencapaian : Menjadi lagu tema drama bersiri GERIMIS DI HATI di singapura terbitan mediacorp dan tercalon terus ke anugerah PESTA PERDANA 2011

Pengganti



Maiya Rahman - Pengganti ( Imran Ajmain/Sulu sarawak )



Source : Imran's blog - You are right! It is Maiya Rahman. She came with Hyrul Anuar and manager/chaperone, Alex to record her song with me. Arranged by my trusted Khairafik Khairudin at his Taman Tun Dr Ismail studio, Maiya recorded a piece I composed, and co-wrote with Sulu Sarawak called “Pengganti”. It will be out in her mini-album out next not too long from now. Keep’a look-out, and make sure you get yourself a copy when it comes out!

Bisikan Rindu

lirik : Sulu Sarawak ( BJ )
Komposer : Azlan Abu Hassan
Artis : REHANA OIAM

v1
ku
tahu di hati mu
kau
selindung bisikan rindu
berlabuh bayang mu
menagih kasih sepi ku

v2
kau
pernah mu bertamu
yang telah ku serah hidup seluruh ku
dan hanya diri mu
kan ku ingati selalu
waktu

Chorus 1
Sengketa
menjauh kita bersama
Asmara
terluka beralah air mata
ku ingin mu selama
dengan janji setia
tanpa ragu berbicara cinta
kau segala

V3
Ku
Setegar menunggu
walau terulang menyayang mu tulus ku
kau pergi berlalu
kemaafan mu damba ku


Chorus 2
Sengketa
menjauh kita bersama
Asmara
terluka beralah air mata
ku ingin mu selama
dengan janji setia
tanpa ragu berbicara cinta
kau segala

Bridge :
Percaya mu
mahu ku begitu
ke sisi mu
ku tuju
bisa abadi bertemu
dalam kalbu

Ending :
ku ingin mu selama
dengan janji setia
tanpa ragu bicara cinta
kau segala
kau segala

pencapaian : Menjadi lagu tema drama NA O MEI di tv3

Berakhir DI Sini


 Berakhir di sini by sulu sarawak

verse 1
Usah tangisi
saat ku pergi
berakhir di sini
tak terulang lagi

Verse 2
bisa pungkiri
bermain hati
menyingkiri suci
cinta ini

Sub-bridge

selingkuh janji
seperti terjadi
tegar diri mu melukai 
dan air mata mengerti
takdir ku harus begini


c/o

Hilanglah kekasih
Jauh dari wajah
Yang gelisah

Lepaskan kekasih
Kesedihan resah
Ku beralah

Bridge

pernah dulu
hadir bertamu 
bagai bintang mendekap malam selalu
pada satu
tanpa berbeda ku
menunggu mu


Sub-bridge 
ingin sekali
mencoba terhenti
merindui detik kembali
segala rasa menyepi
beterbangan dalam mimpi

pencapaian : Selalu dimainkan di dalam ruang kapal terbang di BRITAIN.